Pages

Saturday, September 24, 2011

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI ............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA dua harakat, MIN 3 harakat.

semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Monday, February 28, 2011

Nasihat Rasulullah SAW kepada Ibnu ‘Abbas r.a.

“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah.

Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran”

(Diriwayatkan dari Ibnud Abbas oleh Imam At Tirmidzi, katanya: Hadith hasan sahih)

Ibnu Rajab al-Hanbali berkata dalam kitabnya Jami’ Ulum wal Hikam: “Hadith ini mengandungi beberapa wasiat agung dan prinsip utama mengenai perkara-perkara terpenting yang berkaitan dengan agama ini.”



    * Peliharalah Allah nescaya Allah memeliharamu.

Peliharalah Allah bermaksud berilitizam dengan perintah Allah, menjaga batasan dengan perintah Allah, menjaga batasan Allah, jangan menghampirinya dan jangan melampauinya. Laksanakanlah titah perintahNya dan jangan memandang remeh terhadapnya. Jauhi segala laranganNya dan binalah pendinding di antara diri dengan larangan itu. Maka Allah akan memeliharamu, agamamu dan aqidahmu daripada penyelewengan, menjauhkan dirimu daripada bisikan-bisikan nafsu dan kotoran kesesatan. Allah akan memeliharamu daripada syaitan serta menjagamu dari penganiyaan dan penindasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here