Seorang pemuda yang kuat beribadah berjumpa dengan seorang sufi. Dengan bangganya pemuda itu mengatakan bahawa dirinya telah melakukan ibadah wajib, sunnat, membaca Al Quran, berkorban untuk orang lain dan satu-satunya harapan pemuda itu adalah masuk syurga. Kerana itulah dia begitu menumpukan kepada amalannya. Bahkan si pemuda tersebut telah menyediakan sebuah buku untuk mencatat setiap amal baiknya selama ini dalam buku hariannya.. setiap hari dia mencatatnya tanpa jemu.
Lalu dia berkata kepada Sang Sufi “ saya rasa sudah cukup bagus apa yang telah saya lakukan Tuah”
“apa yang telah engkau lakukan?”
“bekal amalan, amal ibadah ku untuk kesyurga nanti”
“sejak bila pula kau menciptakan segala amal ibadahmu itu dan merasakan ia kepunyaan mu?”
pemuda itu diam seperti berfikir lalu berkata " bukankah semua itu hasil jerih payah saya.. semua telah saya lakukan, sesuai dengan perintah dan larangan Allah?”
“oh begitu.. jadi Siapa yang menggerakkan jerih payah dan usahamu itu selama ini?”
“saya sendirilah… emm”
“oh begitu. Jadi kamu mahu masuk syurga sendiri dengan amalan mu itu?”
“ya sudah barang pasti!”
“emm.. saya tak jamin kalau kamu boleh masuk syurga.. kalau pun kamu masuk, kamu mungkin saja tersesat disana”
pemuda tersebut terkejut bukan main atas ungkapan Sang Sufi. Dalamn Diam antara marah, ia teringin sekali menampar wajah Sang Sufi.
“apa yang Tuan cakap ni. Mana ada orang yang tersesat didalam syurga. Entah-entah Tuan yang ikut aliran sesat” kata pemuda itu melepaskan amarahnya sambil menunding jari kepada Sang Sufi..
Sang Sufi tersenyum dan dengan lembut “ kamu benar.. sesat bagi syaitan tapi petunjuk bagi saya”
“ha?.. tolong jelaskan kepada aku?”
“begini.. andaikan seluruh amalanmu itu ditolak Allah, bagaimana?”
“tapi kenapa?”
“ya.. siapa tahu, anda tidak ikhlas dalam menjalankan dan mendirikan ibadah”
“tidak.. saya ikhlas. Sangat ikhlas... bahkan kerana begitu ikhlas, setiap dari amalan saya, masih saya ingat sampai saat ini”
“oh begitu.. tapi.. mana mungkin ada orang yang ikhlas, kalau dia masih mengingat-ingati akan amalan baiknya? Mana mungkin ada ikhlas kalau masih mengira amal ibadah anda”
“malah lebih dari itu, bagaimana anda boleh merasa ikhlas, kalau sudah merasa puas dengan amal yang ada sekarang?
Pemuda itu terduduk longlai...fikirannya melayang, membayangkan bagaimana soalan tersesat disyurga... soal amalannya yang mungkin saja tidak diterima Allah, soal ikhlas dan tidak ikhlas. Jelas wajahnya berubah murung dan sungguh kecewa.
Dalam keadaan itu, Sang Sufi menepuk lembut bahunya..
“hai anak muda.. jangan rasa kecewa dan putus asa.. beristigfarlah.. kalau kamu berharap masuk syurga itu sudah baik. Tapi kalau kamu tidak bertemu dengan Tuan Pemilik syurga itu bagaimana? Bukan kah sama masuk rumah orang, tanpa bertemu dengan tuan rumah, apa rasanya? Adakah anda seronok dan rasa bebas, bahagia atau tersesat dan kecewa. Semuanya ada dilihat tapi terbatas?”
“apa yang harus aku lakukan Tuan”
“emm.. mulakan dengan menuju kepada Sang Pencipta syurga itu, maka seluruh nikmatNya akan diberikan kepadamu. Ingan nak muda.. amalanmu bukan tiket untuk kesyurga. Tapi keikhlasan kamu dalam beramal adalah merupakan wadah dan redha serta Rahmat Nya. Yang menarik kamu masuk kedalam syurgaNya”
“nak.. tak mungkin syurga Tanpa Allah, dan tidak mungkin neraka bersama Allah”*
pemuda itu kelihatan binggung.. dan termanggu-manggu. Sang Sufi tersenyum sambil berlalu pergi..
moral :
1. Jangan sibuk mengira-gira berapa banyak amalan baik dan ibadah yang telah kita lakukan
2. Usah rasa berpuashati dengan sekelumit amalan yang telah dilakukan
3. lupakan semua perbuatan baik dan amalan, anggap setiap saat kita baru ingin bermula untuk melakukan kebaikkan dan ia akan mendorong kita untuk bersungguh-sungguh dalam melakukannya
4. usah mengharap apa-apa balasan, kerana segalanya adalah dalam ketentuan Allah. Sudah barang pasti kebaikan dibalas kebaikkan, namun syarat keikhlasan tetap menjadi pokoknya.
5. serahkan semua kepada Allah, kerana hanya DIa yang berhak untuk menentukan balasan yang akan kita terima..
6. ikhlas..ikhlas..ikhlas.. kerana.. setiap perbuatan itu diukur dari keikhlasan yang kita lakukan… bukan berapa banyak atau berapa besar atau berapa lama kita melakukannya.
Semoga Allah swt memelihara amalan kita, menjadikan kita ikhlas dan memelihara setiap nawaitu kita hanya semata-mata kerana Nya….
Read more: file:///C:/Users/user/Documents/info/Tersesat%20Di%20Syurga%20-%20Scripters.mht#ixzz1BUXsZREt

No comments:
Post a Comment