Pages

Saturday, February 5, 2011

Sebelum kita menjadi hamba yang serugi-ruginya


Wahai sahabatku, jarang sekali kita mendengar 'sebelum kita menjadi hamba yang serugi-ruginya'. Begitu juga dengan peringatan-peringatan yang perlu kita sedari.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

10 ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK & TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Bismillahirrahmanir rahiim.
Ässä|ämúäläíkúm WäräHmätú||äh Híwäbäräkätúh.

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'..." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

petua utk sesaper shj yg nak cantik

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Pink Panther Sebenar

 Ala comelnya dia..mesti tuan dia pun wanitakan..
Inilah Pink Panther sebenar...comel!!


Kucing Berbulu Dada

 Kucing ini berasal dan menetap di England..
Walaupun rupanya hodoh tapi dia adalah yang "terhandsome" di kalangan kucing-kucing..hehehe sebab........



Pantun aurat

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.


Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Solat tahajjud: Apakah perlu tidur dahulu?

Firman Allah Taala: 
"Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik." (al-Isra':97) 
Sabda Rasulullah s.a.w.: 
"sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam." (riwayat Muslim) 
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud. 

Jawapan(2)
Definasi tahajjud: Sembahyang sunat pada waktu malam selepas tidur (Rujuk definasi ini pada kitab-kitab mazhab Syafi'i) 

Bawang Oh Bawang



Teringat aku filem lagenda yang amat popular tahun 70'an, 'Bawang Putih, Bawang Merah' malah hingga kini pun filem tersebut boleh dianggap sebagai filem 'ever green' - masih diminati ramai.

Dalam filem tersebut, seorang wanita [Bawang Merah] sering menerima cercaan dari ibu tiri malah saudara tirinya sekali yang diberi nama 'Bawang Putih' - seolah-olah bawang merah tidak bernilai langsung.

Friday, February 4, 2011

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.



Audio
Play Mp3
Download MP3




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.  serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Tragedi Masyarakat : Sempena 14 Feb..MARI TAK YAH PAKAI SELUAR DALAM!


KUALA LUMPUR: Kempen ‘no panties’ (tanpa seluar dalam) yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sempena Hari Kekasih mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pelajar yang rata-rata mengutuk tindakan individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab mempromosikannya.

“Sebagai masyarakat Timur yang berpegang pada adat dan budaya, tidak sepatutnya perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang seharusnya mengisi waktu terluang dengan perkara berfaedah. “Malah daripada sudut agama sudah jelas Hari Kekasih diharamkan, apatah lagi menyambutnya dengan pelbagai cara yang bertentangan ajaran Islam.



Adyani yang juga pelajar tahun kedua Fakulti Pendidikan Universiti Malaya berkata, sepatutnya sambutan seumpama ini tidak perlu wujud kerana banyak cara lain boleh dilakukan untuk menghargai pasangan masing-masing.

Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Norizzati Abdullah, 20, pula menyifatkan kempen yang menyarankan gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan sempena Hari Kekasih sebagai menjijikkan dan memalukan wanita.

“Lebih mendukacitakan kerana ia mendapat sambutan beberapa pelajar Melayu beragama Islam. Jelas menunjukkan mereka hanya mempunyai ilmu tinggi tapi pegangan agama cetek.

Slm Pagi Jumaat - Mengenal Allah melalui Al Qur’an

Akidah juga ertinya janji, ertinya kita memegang janji kepada Allah. Ketika akidah kita luntur, bererti janji kita kepada Allah turut luntur, tidak kita tunaikan. Orang yang telah mengingkari janjinya kepada Allah maka Allah pun tidak bertanggung jawab kepada dia dihari kiamat nanti. Jadi ketika seseorang memegang akidah, maka bererti dia memegang teguh janjinya kepada Allah untuk tidak mensyirikkan Dia dengan sesuatu. Untuk tidak menyembah, untuk tidak mengakui kekuatan, meyakini apa saja selain Allah.

Sumber-sumber akidah tidak lain adalah Alquranul Karim. Karena kita tidak tahu siapa Allah, kalau tidak melalui kitabullah. Kita tidak mengenal tentang diri kita kalau tidak
melalui Kitabullah. Jadi sumber akidah yang pertama adalah Al Quran. Karena Al Quran menerangkan segala-galanya tentang Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kiamat, dan lain-lain.

RUMAH SERAM SEKSYEN 2

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah ak nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le ak ngn kwn2 ak umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk uma tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Thursday, February 3, 2011

Awas name card

Menggunakan name card atau business card adalah satu teknik penjenayah terkini? Kisah yang diterima melalui email tidak tahu kebenarannya, kena tanya PDRM betul ada kes ni. Isuhangat kongsikan kisah ini sebagai peringatan , manalah tahu terkena kepada kita.

Dikatakan penjenayah meletakkan dadah jenis ‘BURUNDANGA’ kepada kad nama tadi dan sesiapa yang memegangnya akan menjadi pening dan lumpuh seketika.

A man came over and offered his service as a painter to a female putting gas in her car and left his card. She said no, but accepted his card out of kindness and got in the car. The man then got into a car driven by another gentleman.

As the lady left the service station, she saw the men following her out of the station at the same time. Almost immediately, she started to feel dizzy and could not catch her breath. She tried to open the window and realized that the odor was on her hand; the same hand which accepted the card from the gentleman at the gas station.

Mekanisme pertelingkahan rakyat Indonesia-Malaysia



APAKAH mekanisme yang menyumbang kepada ketegangan antara rakyat republik Indonesia dengan masyarakat demokrasi berpelembagaan persekutuan Malaysia? Ketegangan yang timbul itu tidak tercetus dengan sendiri, mesti ada mekanisme yang menjadi pencetusnya. Mesti ada tangan-tangan yang sangat galak untuk mencipta ketegangan itu. Juga mesti ada bibir-bibir yang tersenyum setiap kali ketegangan itu tercetus.

Siapakah pula pemilik tangan-tangan dan bibir-bibir itu? Di manakah mereka berada? Adakah mereka hanya berada di Indonesia? Atau mereka juga berada di Malaysia? Mungkin juga orang-orang mereka sentiasa ada di segenap rantau ini. Siapakah mereka sebenarnya? Apa kemahuan mereka? Mengapa mereka berbuat begitu?



Berakhirnya Suatu Sandiwara Yang Menyerlahkan Heronya

Hina AzanHina AzanMohon maaf salah faham isu azan

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.  Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.  “Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.  “Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.   “Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam di sini. 

Arnab lambang pantas, mesra

THE PERFECT GUY... EVERY GIRL's DREAM





MAN BEAVER

 



F1 daripada Roti

Korang mungkin tak dapat drive kereta F1, tapi korang mesti dapat gigit kereta F1 ni.
Kereta ni mula dipamerkan Royal Plaza Scotts, di Singapore dan kalau karang kat sana boleh la tengok roti ni sampai September 27. Jangan tak tahu, kereta f1 ni adalah roti kereta terbesar di asia,…  SEDAP kan????
yum..yum

bread formula1 car F1 daripada Roti Macam Sedap
bread formula1 car2 F1 daripada Roti Macam Sedap
bread formula1 car3 F1 daripada Roti Macam Sedap

Sedih tapi tak pilu...

Baca, amati dan cuba untuk menghayati kesedihan dalam cerita ini....



Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.
Dia ni org johor.
Die ade awek name Julie. Julie nih dok kt perlis.
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih, juz msg n call aje.
Gamba pon diorng xpnah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310

Diorng da xthan nk jumpe sngat2.
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama.
Dan diorng brcadang utk berjumpe di rumah julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtg beraya ke rumah mereka.

SURAT CINTA BUDAK SEKOLAH..

trima ni via mel....


Belajar daripada Sunan Kalijaga

1. ASAL USUL.

Sudah banyak orang tahu bahwa Sunan Kalijaga itu aslinya bernama Raden Said.

Putra Adipati Tuban yaitu Tumenggung Wilatikta. Tumenggung Wilatikta seringkali disebut Raden Sahur, walau dia termasuk keturunan Ranggalawe yang beragama Hindu tapi Raden Sahur sendiri sudah masuk agama Islam.

Sejak kecil Raden Said sudah diperkenalkan kepada agama Islam oleh guru agama Kadipaten Tuban.Tetapi karena melihat keadaan sekitar atau lingkungan yang kontradiksi dengan kehidupan rakyat jelata maka jiwa Raden Said berontak. Gelora jiwa muda Raden said seakan meledak-ledak manakala melihat praktek oknum pejabat Kadipaten Tuban di saat menarik pajak pada penduduk atau rakyat jelata.

Rakyat yang pada waktu itu sudah sangat menderita dikarenakan adanya musim kemarau panjang, semakin sengsara, mereka harus membayar pajak yang kadangkala tidak sesuai dengan ketentuan yang ada. Bahkan jauh dari kemampuan mereka. Seringkali jatah mereka untuk persediaan menghadapi musim panen berikutnya sudah disita para penarik pajak. Raden Said yang mengetahui hal itu pernah mengajukan pertanyaan yang mengganjal di hatinya. Suatu hari dia menghadap ayahandanya.

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Tuesday, February 1, 2011

misteri kehilangan senjata melayu

pedang-enam-belas-dan-peris.jpg

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Ceramah Tentang Yakjuj Makjuj (article)

Memang menarik cerita pasal Yakjuj/Makjuj ni. Ada yg berpendapat, kaum ni kaum gasar (barbarian) yang akan merosakkan bumi di akhir zaman. Ada juga yang berpendapat Genghis Khan dan askar Mongolnya adalah Yakjuj/Makjuj ni. Ada pula yang berpendapat kaum ni dikurung di sebalik Tembok Besar China. Macam2 pendapat yang ada mengenai kaum ni.

Sejarah Islam ada menceritakan pasal kaum ni; yang dikurung oleh Iskandar Zulkarnain di antara dua lembah. Pintu kurungan tu diperbuat daripada besi yang dicairkan lalu dituang ke dalam lembah tu. Tak diceritakan pulak lembah tu kat mana. Pintu tu pula dihijab (ditutup) daripada pandangan manusia hingga bila tiba masa dan dgn izin Allah, pintu ni akan berjaya dibolos oleh kaum Yakjuj/Makjuj ni.

Masa kaum ni dah bebas, diceritakan bahawa sungai2 akan kering kerana diminum oleh kaum ni dan kemudian mereka akan merosakkan bumi ni. Kehadiran Imam Mahadi akan menamatkan keganasan kaum ni bila Imam Mahadi berjaya membunuh kaum ni.

Dalam pelajaran yang lalu kita telah sama-sama melihat dua perkara yang utama iaitu jawapan kepada tuduhan kaum orientalis ke atas Nabi Muhammad saw kononnya Nabi Muhammad ini cenderung (kuat nafsunya) kepada wanita. Kita pun telah bagi jawapan-jawapan kita. Banyak jawapan-jawapan yang telah kita sediakan.

Dan perkara yang kedua kita lihat (ialah) cerita tentang bangsa-bangsa yang telah dimusnahkan oleh Allah SWT, ataupun secara tepatnya dimusnahkan oleh tentera Allah. Di antaranya kaum Nabi Lut, kaum Nabi Nuh, kaum Aad, kaum Tsamud yakni kaum Nabi Soleh, kaum Nabi Syuaib, Nabi Yunus dan lain-lain.

Kemudian perkara sampingan yang telah kita perolehi pada minggu yang lalu antaranya ialah satu amalan yang mudah, yang ringan di mulut tetapi amalan ini berat di timbangan Allah SWT iaitu satu doa/ satu tasbih yang diamalkan oleh Nabi Yunus ketika baginda berada di dalam perut ikan. Apa doa dia?
“Laailahailla anta. Subhanaka innikuntu minazzolimin”.

Kisah Dari Tanah Suci: Berkat Sayang, Muliakan Kucing

Sempena wukuf Arafah (18 Disember 2007) dan Hari Raya Korban esoknya (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Berhati-hati pilih jersi pasukan bola

Oleh Muhammad Asyraf
2011/02/01
Islam beri panduan berpakaian termasuk larangan guna lambang agama lain
RAMAI meminati pasukan bola sepak tertentu dan sokongan dizahirkan dengan memiliki jersi pasukan berkenaan. Namun, disebabkan terlalu minat dan ingin dilihat sebagai sebahagian daripada pasukan terkenal itu, ada antara kita terlepas pandang beberapa aspek yang perlu dipelihara.

Ini termasuk soal pemilihan pakaian menurut Islam hingga jersi yang mempunyai simbol keagamaan seperti lambang salib kita pakai ke sana sini sehingga membawa ke tikar solat.
Menurut Ibn Abbas seperti dinukilkan daripada Tafsir Ibn Kathir, orang pertama memperkenalkan seksaan ke atas manusia dengan kaedah menyalib ialah Firaun. Sehingga pada zaman Nabi Isa, ia dipercayai oleh orang Yahudi dan Nasrani bahawa Nabi Isa disalib.
Rentetan peristiwa itu, maka salib dijadikan lambang keagamaan bagi Nasrani. Disebabkan itu juga, antara tugas yang akan dilaksanakan dengan kebangkitan Isa al-Masih pada akhir zaman ialah menghancurkan salib.

Hosni Mobarrak - Presiden Mesir resign bersama seluruh kabinet!

Mari kita lihat apa yang berlaku di dunia Islam , Arab khususnya.. >> terhadap apa yg berlaku di negara kita..!
Rata-rata.. kalau kita tanya orang di jalanan.., boleh kata hampir 90% pendapat.. pasti akan menyatakan.. mereka sangat sakit hati dgn apa berlaku di negara kita sekarang.!
Dalam diam kita sangat geram. dan bengang dgn apa yang berlaku..! jurang perbezaan di antara - yang ada dgn yang tak ada.. semakin melebar.! (disparity between the have's vs the have not is widen), namun tiada apa yg di lakukan oleh pihak berwajib untuk menolong golongan2 ni.

Adakah kita perlu menunggu sehingga seperti Tunisia dan Egypt baru nak bangkit seperti di sana? Di tunisia - kebangkitan berlaku selepas Mohamed Bouazizi membakar dirinya selepas segala barang jualannya di rampas.. dan dia tiada wang utk membayar wang rasuah utk melepas diri dari tindakan penguatkuasa.. . Yang lagi menghinakan - penguatkuasa wanita itu menampar Mohamed di khalayak ramai dan meludahnya.. serta memukul nya dgn di bantu 2 orang bawahan nya.. ! tak cukup dgn itu - penguasa itu memaki dan menghina arwah ayah mohamed yg telah mati ketika mohamed berusia 3 tahun..!
baca kisah penuh di wiki mohamed bouazizi ni >>
 http://en.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Bouazizi

APA BAGUSNYA BILA TERKECEWA DLM CINTA



Pastinya anda semua akan tertanya-tanya dan menganggap tiada yang bagusnya apabila terkecewa dalam bercinta, kan? Buat sakit hati je...nak pecah dada...sebak tak terkira...sampai kering airmata. Bersedih sepanjang waktu...
 
So, beberapa hari lepas adalah hamba Allah ni yang berkata tentang bro yang pernah frustrated! YES I DO!...bro pernah dikecewakan. Bukan sekali, banyak kali! Sebenarnya, dari pengalaman bro sendiri, setelah kegagalan demi kegagalan di dalam setiap perhubungan cinta yang telah bro lalui, ianya telah banyak mengajar bro selok-belok dalam merungkai rahsia hati menjadi lebih tabah dan STRONG!...


Lambang Salib di sebalik kotak gula2 Clorets

Pada 22.12.2010 yang lalu saya telah menerima email dari seorang sahabat baik. Pada awalnya saya kurang yakin dengan email berantai yang sering kita terima dan kita tidak pasti kebenarannya. Jika kita menghantar (forward) email yang tidak sahih akan timbul satu fitnah yang berpanjangan. Kekadang email yang kita terima sudah diubahsuai (edit) oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Sebelum saya forward email dibawah saya cuba mencari bukti kebenarannya. Pada 26.12.2010 saya telah membeli gula-gula “Clorets Infinity” seperti yang diberitahu di kedai serbanika yang dimaksudkan. Bila dibuka penutup, saya terus beristiffar, ternyata dan apa yang saya dapati email dibawah ini adalah benar. Begitulah caranya orang kafir latnattulah menyebarkan ajaran sesat untuk menyembah syaitan secara senyap/halus.




Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT.


Mulai hari,
sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT (tidak membeli/mengguna) produk clorets atau sekutunya.


Ini adalah bukti yang benar:




YOUUUU LA BAYAR....

tima this via email.... layaaannnssszzz....




Crazy bila memikirkan soal siapa yang bayar, siapa yang belanja. Why crazy? Because it’s about money…money turned people’s become crazy!

Semasa anda masih lagi dalam PERCINTAAN… Siapa yang kena bayar bila keluar makan?, Lelaki atau Wanita? Keluar minum-minum, shopping, bersiar-siar, theme park entrance, bowling, bills, car installment, sewa rumah, topups, masuk tandas kat mall… hehehe, tak pernah fikirkan? :)

Most of us, kalau masa bercinta ni biasalah…kerana sayang, sanggup belanja, sanggup bayar untuk apa sahaja asalkan tidak bergaduh, asalkan sama-sama bahagia. IF HAPPY, okaylah… kalau tak happy? kerana cintakan dia, sanggup berbelanja tak kira apa, berapa harga, bila-bila masa…BAYAR!

Bukan nak cakap la tapi lately ni memang ramai lelaki suka sangat meminta girlfriend bayarkan macam-macam. BUKAN SEMUA LELAKI,  dan BUKAN LELAKI KAT SINI LA.. hehe :lol: - yang kat sini semua baik-baik, tetapi segelintir… (yang mana marah dan terasa hati tu, haaa dia lah tu!)

Debat Professor ATHEIST dengan Pelajar Islam

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Monday, January 31, 2011

TAK DAPAT LIHAT KAABAH 7 KALI


KISAH NYATA - 7 KALI NAIK HAJI TAK DAPAT LIHAT KA'ABAH
 
selatanonline
 


Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan
nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang
kelima..Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang
dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,
mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala
kelengkapan sudah disiapkan.

Ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat
walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan
thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta

Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

RAHSIA SYAITAN

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). “

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”


PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA

(receive this email from a guy - dsjkamarul.... layanssszzzz.... moga bmenfaat)

Perempuan memang tak guna!!!
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.


1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

myMetroPasir Mas ‘kilang’ jelitawan

Sunday, January 30, 2011

LELAKI SEJATI.....

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?

Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Inikah cinta?

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun
mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu
kegiatan kamu.

Berhemah Dalam Menegur

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?


Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Omar Radhiallahu ‘anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”.

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”.

(Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab ‘Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Bercinta jangan tak ingat...

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?//
entahlah... .. x tau lagi... .

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran... .pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

Bersangka baik amalan mulia.

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here