KUALA LUMPUR: Kempen ‘no panties’ (tanpa seluar dalam) yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sempena Hari Kekasih mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pelajar yang rata-rata mengutuk tindakan individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab mempromosikannya.
“Sebagai masyarakat Timur yang berpegang pada adat dan budaya, tidak sepatutnya perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang seharusnya mengisi waktu terluang dengan perkara berfaedah. “Malah daripada sudut agama sudah jelas Hari Kekasih diharamkan, apatah lagi menyambutnya dengan pelbagai cara yang bertentangan ajaran Islam.
Adyani yang juga pelajar tahun kedua Fakulti Pendidikan Universiti Malaya berkata, sepatutnya sambutan seumpama ini tidak perlu wujud kerana banyak cara lain boleh dilakukan untuk menghargai pasangan masing-masing.
Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Norizzati Abdullah, 20, pula menyifatkan kempen yang menyarankan gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan sempena Hari Kekasih sebagai menjijikkan dan memalukan wanita.
“Lebih mendukacitakan kerana ia mendapat sambutan beberapa pelajar Melayu beragama Islam. Jelas menunjukkan mereka hanya mempunyai ilmu tinggi tapi pegangan agama cetek.
“Justeru, pelajar khususnya beragama Islam perlu menjauhi perkara ini supaya perjuangan mereka menuntut ilmu di menara gading mendapat keredaan Allah,” katanya, semalam.
“Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau tindak-tanduk anak mereka yang menuntut di IPT supaya perkara sebegini dapat dihindari,” katanya.
Harian Metro semalam turut melaporkan, wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor mengecam kempen itu di kalangan penuntut wanita di IPT. Ketuanya, Dr Ruziaton Hasim, berkata sungguh menyedihkan apabila usaha itu tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan penuntut wanita, malah disambut dengan gembira.
Malah, pertubuhan bukan kerajaan itu juga berharap semua pelajar wanita, terutama golongan Muslim, menjauhi promosi itu kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta amalan murni masyarakat.
Sementara itu, “Haram bagi setiap umat Islam menyambut Hari Kekasih,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang mengingatkan umat Islam, khususnya remaja, supaya tidak terpengaruh dengan budaya Barat yang meraikan Hari Kekasih atau ‘Valentine’s Day’ yang disambut hari ini.
Sebagai umat Islam, Harussani berkata, konsep menyambut Hari Kekasih setiap 14 Februari perlu ditolak berikutan ia sebenarnya hari memperingati kematian seorang paderi anti-Islam, Saint Valentine, yang dijatuhkan hukuman bunuh pada tarikh itu.
Katanya, jika ada individu menyambut Hari Kekasih, secara tidak langsung mereka turut menyokong kematian paderi itu.
Moral : bagi yang bukan Islam.. mereka buat lah apa mereka suka.. tapi bagi yang muslim... semakin ramai menjunjung budaya ini..lalu bilamana budaya ini dijunjung, Agama pasti tidak lagi dikelek.. malah mungkin dicampak kelongkang!!....
yang sering jadi sasaran dan bahan serta subjek utama PEREMPUAN!!! nak suruh tak pakai seluar dalam pun perempuan... atas tujuan apa????
tentu kita tahu untuk apa.. jadi siapa lagi yang boleh bantu kita kalau kita tak bantu diri sendiri.. nak salahkan LELAKI.. dah fitrahnya..
jadi.. TOLONG JANGAN TANGGAL SELUAR DALAM BUKAN PADA MASANYA!!!!
No comments:
Post a Comment