Pages

Saturday, February 5, 2011

Bawang Oh Bawang



Teringat aku filem lagenda yang amat popular tahun 70'an, 'Bawang Putih, Bawang Merah' malah hingga kini pun filem tersebut boleh dianggap sebagai filem 'ever green' - masih diminati ramai.

Dalam filem tersebut, seorang wanita [Bawang Merah] sering menerima cercaan dari ibu tiri malah saudara tirinya sekali yang diberi nama 'Bawang Putih' - seolah-olah bawang merah tidak bernilai langsung.

Hari ini bawang merah sebenar tidak lagi dipandang sebagai tidak bernilai. Sebut saja apa jenis masakan pun pasti bawang merah akan menjadi salah satu dari inti kepada resipi makan berkenaan. Walau pun agak remeh dan tidak penting namun dari segi kommersial harga bawang merah mencacah hampir RM20.00 satu kilo! [ini di tempat saya].

Apakah wang kita [RM] sudah tidak bernilai lagi atau memang harga barangan keperluan terlalu mahal?

Lihat paket kecil pada gambar di atas. Ini saya beli khas dari pekedai yang menjual barang-barang runcit. Nak tangkap gambar di sana, malu pula. Hanya 5 biji bawang merah yang kecil-kecil sudah berharga RM1.50. Atau pun mungkin disebabkan oleh musim tengkujuh masa kini maka penanaman dan pengeluaran bawang merah terbantut mengakibatkan harganya begitu mahal. Bagi yang tidak terlibat dalam urusan dapur memang perkara remeh ini tidak menjadi masalah. Tetapi kepada suri rumah bagaimana...?

Itu baru satu. Ada banyak jenis keperluan dapur yang melambung naik harganya. Dengar kata kerajaan mengeluar dan menyediakan subsidi beras brand BERAS NASIONAL. Itu sebab harganya masih rendah. Itu tidak ada masalah. Dalam hal ini kerajaan memang 'telus' mahu membantu meringankan bebanan rakyat yang agak susah. Masalahnya ada golongan yang meneguk bersih 'kebaikan' kerajaan ini.

Satu hari saya memasuki sebuah permis menjual makanan tepatnya restoran. Apabila saya pergi ke toilet di belakang, saya terlihat susunan kampit-kampit beras 10 kilO sekitar 20 ke 30 kampit dan semuanya brand BERAS NASIONAL di bawah meja besar. Dalam fikiran saya, 'patutlah tidak ada beras jenis ini di kedai-kedai. Rupa-rupanya dah di'songlap' oleh orang kaya-kaya.

Apa pun, pada pendapat saya .. 'yang kaya semakin kedekut'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here