Pages

Tuesday, February 1, 2011

Hosni Mobarrak - Presiden Mesir resign bersama seluruh kabinet!

Mari kita lihat apa yang berlaku di dunia Islam , Arab khususnya.. >> terhadap apa yg berlaku di negara kita..!
Rata-rata.. kalau kita tanya orang di jalanan.., boleh kata hampir 90% pendapat.. pasti akan menyatakan.. mereka sangat sakit hati dgn apa berlaku di negara kita sekarang.!
Dalam diam kita sangat geram. dan bengang dgn apa yang berlaku..! jurang perbezaan di antara - yang ada dgn yang tak ada.. semakin melebar.! (disparity between the have's vs the have not is widen), namun tiada apa yg di lakukan oleh pihak berwajib untuk menolong golongan2 ni.

Adakah kita perlu menunggu sehingga seperti Tunisia dan Egypt baru nak bangkit seperti di sana? Di tunisia - kebangkitan berlaku selepas Mohamed Bouazizi membakar dirinya selepas segala barang jualannya di rampas.. dan dia tiada wang utk membayar wang rasuah utk melepas diri dari tindakan penguatkuasa.. . Yang lagi menghinakan - penguatkuasa wanita itu menampar Mohamed di khalayak ramai dan meludahnya.. serta memukul nya dgn di bantu 2 orang bawahan nya.. ! tak cukup dgn itu - penguasa itu memaki dan menghina arwah ayah mohamed yg telah mati ketika mohamed berusia 3 tahun..!
baca kisah penuh di wiki mohamed bouazizi ni >>
 http://en.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Bouazizi

Kejadian di Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa.! 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah.. berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.

Fakta menarik tentang Egypt juga - >> GDP nya meninkat saban tahun.. malah 2-3 tahun ni mendapat banyak anugerah ekonomi antarabangsa yg memuji kerajaan mereka dalam menguruskan ekonomi negara.. ! (sounds familiar eh?) Kerajaan mereka juga memainkan unsur2 feel-good factor ni.. dalam akhbar2 mainstream mereka..!
Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan.. kemampuan utk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil.! bukan saja kadar pengangguran makin naik.. malah harga rumah di sana di paras mmg takkan termampu oleh orang2 miskin dan golongan pertengahan..

Di malaysia - adakah kita menghadapi situasi hampir sama? - ada banyak juga kan? antaranya - harga rumah mampu milik.. kini berada jauh di jangkauan kemampuan kita. Dgn harga starting pada RM400 hingga 500ribu ke ataas.. berapa kerat melayu yg mampu nak beli rumah pada harga ni? kerajaan 'buta' ke hakikat ni? tinggal bangsa lain dan orang luar saja lah yang mampu nak beli..! tiap taman baru launch.. berebut spekulator yg beli rumah2 tu.(mreka ni bukan rakyat tempatan pun.. rata2 proksi utk singaporean , hongkees dan luar negara)
apa yg tinggal utk rakyat kita? bumiputera?
Harga makanan.. dgn 50ringgit .. apa yang kita dapat sekarang?
haih.. fikir-fikirkan lah..! gelombang kebangkitan sudah bermula..! tapi apa perubahan yang kita nak? adakah anda pasti dgn apa yang anda nak?
fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here