APAKAH mekanisme yang menyumbang kepada ketegangan antara rakyat republik Indonesia dengan masyarakat demokrasi berpelembagaan persekutuan Malaysia? Ketegangan yang timbul itu tidak tercetus dengan sendiri, mesti ada mekanisme yang menjadi pencetusnya. Mesti ada tangan-tangan yang sangat galak untuk mencipta ketegangan itu. Juga mesti ada bibir-bibir yang tersenyum setiap kali ketegangan itu tercetus.
Siapakah pula pemilik tangan-tangan dan bibir-bibir itu? Di manakah mereka berada? Adakah mereka hanya berada di Indonesia? Atau mereka juga berada di Malaysia? Mungkin juga orang-orang mereka sentiasa ada di segenap rantau ini. Siapakah mereka sebenarnya? Apa kemahuan mereka? Mengapa mereka berbuat begitu?
Untuk mengetahui keterangan-keterangan sejarah mengenai kedua-dua buah negara bersaudara ini, bacalah teks-teks sejarah klasik, janganlah berasa bosan atau mengantuk apabila membaca prosa-prosa klasik, bacalah untuk mengenal warisan persaudaraan kita.
Saranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dalam laporan akhbar 16 Januari 2010 supaya sejarah hubungan Malaysia-Indonesia sejak berkurun lama didedahkan kepada rakyat kedua-dua negara itu wajar dihormati bagi memulihkan ketegangan yang semakin membarah.
Mengenali sejarah akan membuatkan rakyat Indonesia dan Malaysia saling kenal mengenali susur galur warisan kita. Orang yang kenal sejarah tidak akan menuduh saudaranya maling, anjing atau sebagainya dengan panggilan yang buruk-buruk.
Tuduhan itu tidak akan dibuat oleh orang yang mengenal sejarah kedua-dua negara ini yang saling bersaudara sejak berabad lama, tuduhan yang umpama meludah ke langit, tuduhan itu hanya dibuat oleh orang yang sudah terkena dan diperbodohkan oleh tangan-tangan kumpulan yang suka melihat pergeseran saudara ini.
Kita bukan mahu belajar sejarah tamadun lampau Indonesia dan Malaysia dalam artikel kali ini. Jika mahu belajar juga, carilah sumber sejarah yang boleh dirujuk. Kita hanya mahu memahami apakah mekanisme yang memecah belahkan rakyat kedua-dua buah negara ini. Semoga selepas memahami mekanisme ini, kita sama ada rakyat Indonesia yang majoriti beragama Islam dan juga Malaysia akan berusaha keras merawat ketegangan ini. Semoga gerakan tangan-tangan jahat itu akan ‘kudung’ dan bibir-bibir serta lidah-lidah mereka akan jadi ‘bisu’ apabila kita menemui semula titik persamaan wajar dalam mekanisme kekuatan kita semua.
Melalui sumber-sumber pemberi maklumat (bukan seperti perisik) yang diperoleh dari Indonesia, Singapura dan Malaysia, terdapat lebih daripada dua gerakan besar yang gigih bekerja untuk melihat Malaysia dan Indonesia jatuh ranap. Persaudaraan antara kedua-dua buah negara itu perlu ditamatkan dengan pertelingkahan, seboleh-bolehnya sehingga melibatkan pertumpahan darah. Jahat sungguh tangan-tangan itu. Mereka mahu lihat manusia Muslim di rantau sebelah sini saling berbunuhan, kami juga mungkin dibunuh mereka memandangkan kami juga tersenarai sebagai wanted persons di negara kiblat mereka iaitu di Israel. Wahai pemilik tangan-tangan jahat, tangan-tangan kamu akan jadi kudung dan lidah kamu akan jadi bisu apabila kami kembali bersatu.
--
Mereka wujud dalam persekitaran politik Indonesia, Malaysia dan Singapura
Gerakan kumpulan ini sudah wujud seawal peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada sekitar 1962 hingga 1966 yang dicetuskan oleh Presiden Sukarno bagi membantah penubuhan Malaysia yang memasukkan Sarawak dan Borneo British Utara (Sabah) ke dalam Malaysia.
Kita tidak melihat kepada Sukarno, tidak sama sekali. Kita tidak menuduh Sukarno mempunyai agenda peribadi selain menubuhkan Indonesia Raya. Tidak, rakyat Indonesia tolong jangan salah faham maksud saya. Kita melihat kepada mekanisme yang mendorong Sukarno untuk melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Mekanisme yang berpunca daripada sekumpulan orang yang mempengaruhi Sukarno supaya berpendapat bahawa Malaysia adalah rekaan British untuk mengukuhkan kuasa imperial. Ketika itu, masing-masing baru merdeka dan tiada garis sempadan yang jelas untuk mengatakan sesebuah wilayah itu milik mana-mana negara termasuk Filipina yang juga menuntut Sabah.
Tercetus manipulasi mengatakan pengerak demontrasi anti-Indonesia meminta Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memijak-pijak lambang negara Indonesia serta gambar Sukarno dan akhirnya menimbulkan kemarahan Sukarno untuk melancarkan kempen Ganyang Malaysia. Tidak dipastikan kesahihan cerita yang mengatakan Tunku Abdul Rahman memijak seperti diminta penggerak demonstrasi. Cerita itu kemudian sampai ke pengetahuan Sukarno dan Ganyang Malaysia dilancarkan. Juga sehingga hari ini, tiada bukti kukuh gambar foto atau saksi-saksi untuk mengatakan cerita itu benar. Cerita itu digerakkan oleh sekumpulan tangan-tangan dan lidah-lidah jahat yang dimaksudkan.
Tangan-tangan dan lidah-lidah jahat itu yang berada di Indonesia, Malaysia dan Singapura berterusan mencetuskan api kemarahan. Kumpulan itu adalah sisa-sisa penggerak Freemason Indonesia bawaan Belanda yang diharamkan oleh Sukarno sendiri pada Januari 1961.
Kumpulan ini selepas diharamkan oleh Sukarno melancarkan tekad untuk menjatuh ranapkan Indonesia dengan mengheret negara itu supaya bergeser dengan negara-negara jirannya seperti Malaysia dan Brunei. Malah, institusi Kesultanan Brunei juga cuba digulingkan semasa Konfrontasi dengan cara mengupah kumpulan pemberontak Kalimantan untuk menculik Sultan Brunei. Kini, Kesultanan Melayu di Malaysia juga sedang cuba dihapuskan oleh proksi-proksi Freemason Indonesia di Malaysia.
Matlamat mereka ialah dendam untuk meranapkan Indonesia. Ia adalah dendam balas kepada Sukarno kerana mengharamkan gerakan mereka di Indonesia. Keputusan Sukarno mengharamkan Freemason di Indonesia dilihat seolah-olah menjolok sarang tebuan meskipun niat Sukarno ialah untuk tidak menjadikan Indonesia sebagai pangkalan Yahudi terbesar di rantau ini. Disebabkan itu, mereka mahu melihat Indonesia bertelingkah dengan jiran-jirannya yang seboleh-bolehnya mahu melihat ada kejadian berbunuh-bunuhan sebagai balasan kepada tindakan Sukarno dan rakyat Indonesia yang membenci Freemason Indonesia.
Untuk menjadikan matlamat mereka berjaya, proksi-proksi mereka ditempatkan di dalam jentera kepimpinan Sukarno secara senyap. Matlamat kecilnya melalui penempatan proksi ini pula ialah untuk mempengaruhi setiap keputusan Sukarno. Oleh sebab itu di dalam perenggan sebelum ini ditegaskan bahawa kita tidak melihat Sukarno dalam situasi ini, kita sebenarnya melihat proksi-proksi Freemason Indonesia yang menyelinap masuk ke dalam kepimpinan Sukarno. Kita tidak menyalahkan Sukarno kerana dia sendiri termakan hasutan proksi-proksi Freemason dalam jentera pemerintahannya.
Kumpulan ini jugalah yang mencipta cerita bahawa Tunku Abdul Rahman memijak gambar Sukarno dan lambang Garuda Pancasila sehingga menimbulkan ketegangan dan kemarahan hampir seluruh rakyat Indonesia terhadap cadangan penubuhan Malaysia.
Mereka jugalah yang menubuhkan Partai Komunis Indonesia (PKI), gerila Indonesia Ganyang Malaysia, Pemberontak Kalimantan Utara (TKU) dan sebagainya yang bertujuan untuk mengalih tumpuan Indonesia daripada keperluan pembangunan ekonomi negara itu selepas merdeka kepada gerakan ketenteraan yang sia-sia. Akibatnya, ekonomi Indonesia diabaikan sejak awal manakala tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap kegiatan konfrontasi yang merugikan pembangunan rakyat Indonesia sendiri.
Selepas Freemason Indonesia bawaan Belanda diharamkan di negara itu, proksi-proksi mereka berpecah namun masih berpegang kepada matlamat awal. Kumpulan ini sejak sekitar 1961 dikesan menyelinap masuk ke Singapura, Filipina dan juga Malaysia. Beberapa proksi utama juga masih berada di Indonesia. Matlamatnya masih sama di rantau ini, ia tidak lebih daripada mewujudkan keadaan kucar-kacir melalui pelbagai permainan manipulasi dan politik.
Proksi-proksi itu kemudian dikesan giat mengembangkan pengaruh melalui jenama-jenama baru di negara-negara baru (Singapura, Malaysia dan Filipina) seperti Kelab Rotary dan sebagainya sejak penghujung 1970-an dan awal 1980-an. Tidak kurang pula ada yang bertindak menubuhkan parti-parti politik dengan melantik sub-sub proksi untuk mengemudi parti-parti politik terlibat. Ada juga yang melantik proksi dalam parti-parti politik sedia ada di negara-negara yang baru dimasuki.
Parti-parti politik di negara-negara yang baru diselinap itu kemudian sengaja dibiar berkembang sambil berselang-seli dengan pergolakan dalaman. Ia memberi peluang baru kepada perpecahan parti-parti politik berkenaan apabila berlaku pergolakan. Pergolakan dalaman parti politik kemudian memberi peluang kepada perpecahan dalaman parti yang membawa kepada penubuhan parti baru. Individu-individu parti yang sudah terperngaruh dan sebilangan proksi-proksi Freemason itu bertindak keluar daripada parti dan menubuhkan parti baru. Penubuhan parti baru pula akan mencipta sub kumpulan penyokong yang baru. Pada masa yang sama, proksi yang tidak keluar daripada parti asal akan terus mempengaruhi untuk mencorakkan hala tuju parti sedia ada, manakala proksi yang keluar parti dan menubuhkan parti baru pula akan mencorakkan hala tuju lain yang sebenarnya sama tetapi tampaknya seperti ada beza walhal ia tetap sama.
Ia mewujudkan suasana kesan berganda dan kesan berangkai. Keadaan itu boleh disamakan seperti sebotol nila yang tumpah di atas meja sehingga titisannya akan menitis memasuki setiap baldi susu yang berada di bawah meja itu tadi. Ia juga seperti seekor kerbau yang diseliputi selut selepas berkubang dan mengotorkan kerbau-kerbau lain apabila ia mahu berkawan dengan kawanan kerbau yang masih belum berkubang.
Apabila proksi-proksi itu keluar parti dan menubuhkan parti baru, ia secara langsung menjadikan hampir semua parti mempunyai pengaruh mereka. Lihatlah keadaan kes semasa di Malaysia sendiri, apabila berlaku perpecahan atau tindakan keluar parti oleh seorang tokoh pimpinan, maka tokoh pimpinan itu akan menubuhkan parti baru, bukan satu parti yang ditubuhkan, tetapi sudah banyak parti baru ditubuhkan hasil daripada pergolakan dalaman satu parti asal.
Di Indonesia, setiap calon presiden dalam pilihanraya (pilihan umum) akan berusaha mencari pengaruh dengan pelbagai ideologi untuk mempengaruhi rakyat. Ada yang bersikap ekstrem dengan cuba menyambung semula episod lama Ganyang Malaysia, ada juga yang bersongkok dan cuba mempengaruhi pengundi dengan idea untuk berperang dengan Malaysia dan ada juga yang memancing undi dengan memainkan isu kekeruhan hubungan Indonesia-Malaysia, anda pasti sudah dapat meneka siapa mereka dan apa niat mereka serta siapa yang menaja mereka berkempen.
Di Singapura pula, apabila wujud seorang tokoh tidak sebulu dengan ketua dalam kerajaannya, dia akan memulakan kempen secara tidak langsung untuk mendapatkan sokongan. Ia kelihatan normal kerana seseorang yang disisihkan akan mencari orang lain (pengaruh sokongan) yang percaya kepadanya, namun ada beberapa persamaan yang diperjuangkan oleh tokoh yang disisihkan itu dengan bekas ketuanya. Malah, serpihan politik dari Singapura juga terpelanting sampai ke Malaysia. Ia berkaitan kemampuan akauntabiliti untuk mengawal sejumlah skala pengikut.
Falsafahnya,
Seseorang tidak akan mampu mengawal semua orang. Jadi, diperlukan lebih daripada ‘seseorang’ untuk mengawal semua orang. Maksudnya, perlu ada lebih ramai ‘seseorang’ untuk mengawal semua orang. Faham?
Ia berkenaan pengertian maksud ‘somebody’ ‘everybody’ dan ‘power’. Dalam situasi politik kemanusiaan, somebody sentiasa merujuk kepada seorang individu dan dia mempunyai kuasa mempengaruh dan memimpin, manakala everybody pula ialah nobody atau orang yang tidak mempunyai kuasa pengaruh politik dan boleh dipengaruhi.
Proksi-proksi tadi akan berpecah dan terus berpecah untuk menjadi ‘seseorang’. Biarpun proksi itu hanya mampu menjana pengikut seramai 100,000 orang atau 1,000,000 orang, ia sudah cukup untuk setiap proksi mengawal semua orang jika setiap proksi ada pengikut 100,000 orang atau 1,000,000 orang. Bagaimana dikatakan mereka mengawal semua orang kerana semua orang dilihat seperti sudah tidak boleh dikawal? Itulah cara mereka mengawal semua orang dengan memastikan semua orang tidak boleh bersatu dan berpecah belah, lalu menjadi lemah.
--
Melemahkan negara-negara di rantau sebelah sini yang diduduki orang Islam
Ada ramai orang Islam di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina. Mereka mahu orang-orang Islam ini lemah supaya keseluruhan umat Islam di rantau sebelah sini juga akan lemah dan mereka boleh berkuasa sebagai bayaran kepada kejatuhan mereka di Indonesia semenjak zaman Sukarno. Kami bukan pro-Sukarno atau pro mana-mana pihak, tetapi lebih kepada anti-tangan jahat.
Wahai rakyat Indonesia dan Malaysia, lihat sahaja isu Kumpulan Bendera di Indonesia yang sentiasa mencari peluang untuk mencetuskan pergeseran antara kedua-dua buah negara bersaudara ini. Lihat siapa ketua yang menggerakkan Kumpulan Bendera, dia bukan orang Islam, tetapi dia penganut agama Nasrani. Malangnya, kata-kata propaganda dan hasutan yang diucapkan oleh ketua Kumpulan Bendera ini berjaya mempengaruhi kebanyakan rakyat Indonesia yang beragama Islam untuk memusuhi saudara Islam mereka di Malaysia. Apakah yang akan terjadi apabila orang Islam dipimpin oleh orang kafir? Mungkin blog ini juga akan digodam atau di-hacked oleh black hat hackers mereka selepas keluarnya artikel ini.
Hasilnya, orang Islam mudah dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan seperti itu untuk memusuhi saudara Islam mereka di rantau ini khususnya Malaysia melalui manipulasi isu-isu yang remeh temeh, isu-isu red-herring yang mengalih tumpuan umat Islam untuk mengukuhkan tali persaudaraan yang diperintahkan Allah.
Mereka daripada banyak kumpulan yang menyalakan api persengketaan antara Indonesia-Malaysia adalah sisa-sisa daripada Freemason Indonesia bawaan Belanda sejak diharamkan oleh Sukarno pada 1961. Tidak mahu menyentuh dasar Pancasila yang entah angkara pengaruh siapa sehingga bagaimana boleh wujud di Indonesia, tidak mahu menyentuh soal itu kerana membabitkan hal dalaman negara itu. Namun, adakah Pancasila itu dari pengaruh suruhan Islam di negara yang paling ramai penganut Islam? Tidak mahu menyentuh soal itu dengan pendapat peribadi. Umat Islam di Indonesia juga ada pendapat masing-masing mengenai dasar itu.
Gerakan Freemason Indonesia yang akhirnya membuka tapak di Singapura, Malaysia dan Filipina menjadi mekanisme dalam isu ini. Mereka kemudian meluaskan rancangan melalui bersekutu dengan Freemason yang sedia ada di negara-negara yang dimasuki. Umat Islam di negara-negara yang diduduki mereka ini kelihatan seperti hilang punca dan gagal menemui titik persamaan untuk kembali bersatu.
Isu umat Islam Moro di Filipina dipandang acuh tak acuh oleh Malaysia dan Indonesia yang masih belum selesai. Manakala isu umat Islam yang berpecah belah di Malaysia angkara politik juga tidak dipandang oleh cendiakawan Islam di Indonesia untuk sekurang-kurangnya memberi nasihat atau buah fikiran demi melihat umat Islam terus bersatu. Siapa pula yang menjadi agen perpecahan umat Islam di Malaysia. Berhenti daripada saling salah menyalahkan, sebaliknya kudungkan tangan-tangan jahat mereka bisukan lidah-lidah jahat mereka.
Begitu juga isu umat Islam yang hidup melarat di Indonesia, hanya segelintir umat Islam di Malaysia yang memberi bantuan, itupun ketika selepas berlaku bencana gempa, tsunami atau gunung berapi.
Umat Islam di Singapura pula entah bagaimana kehidupan mereka di sana. Entah tertekan entah bahagia, kehidupan mereka tidak begitu diambil peduli oleh saudara Islam mereka di Malaysia atau Indonesia kerana beranggapan bahawa Singapura sebuah negara kaya dan beranggapan bahawa umat Islam di Singapura hidup bahagia kerana negaranya kaya.
Ingatkah kita kepada pesanan baginda Rasulullah mengenai perlunya kita menyayangi jiran-jiran kita? Jiran bukan sahaja bermaksud jiran di sebelah rumah, tetapi juga kampung di sebelah kampung kita, flat di sebelah flat kita, taman perumahan di sebelah taman perumahan kita, malah negara di sebelah negara kita yang ada umat Islam di dalamnya. Sedangkan baginda Rasulullah menyuapkan makanan ke dalam mulut seorang lelaki tua Yahudi yang setiap hari mengutuk baginda, inikan pula kita yang tidak mengambil tahu adakah jiran kita itu lapar atau kenyang, derita atau bahagia.
Perlukah kita bermusuhan sesama kita sedangkan tangan-tangan dan lidah-lidah mereka yang jahat itu ketawa melihat gelagat kita yang bermusuhan tidak berkesudahan?
Tangan-tangan jahat itu perlu dikudungkan, mulut-mulut jahat mereka perlu dibisukan. Tiada apa yang dapat membantah kalau kita bersatu tanpa bertelagah.
Anda tahu siapa musuh sebenar. Anda tahu semua yang berlaku itu angkara mereka.
Kudungkan tangan mereka, mulut mereka perlu dibisukan.Bersatulah, demi membuatkan bibir Rasulullah tersenyum gembira melihat penyatuan kita semua.
Keberadaan bangsa-bangsa bersaudara di Kepulauan Nusantara seperti Melayu, Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya melalui sejarah yang sangat panjang di rantau sebelah sini. Sebelum kedua-dua buah negara itu merdeka, belum ada istilah bangsa Indonesia atau juga negara Malaysia. Tidak pernah ada sebelum itu.
No comments:
Post a Comment