Pastinya anda semua akan tertanya-tanya dan menganggap tiada yang bagusnya apabila terkecewa dalam bercinta, kan? Buat sakit hati je...nak pecah dada...sebak tak terkira...sampai kering airmata. Bersedih sepanjang waktu...
So, beberapa hari lepas adalah hamba Allah ni yang berkata tentang bro yang pernah frustrated! YES I DO!...bro pernah dikecewakan. Bukan sekali, banyak kali! Sebenarnya, dari pengalaman bro sendiri, setelah kegagalan demi kegagalan di dalam setiap perhubungan cinta yang telah bro lalui, ianya telah banyak mengajar bro selok-belok dalam merungkai rahsia hati menjadi lebih tabah dan STRONG!...
Sebenarnya bro pernah merasa berbagai jenis situasi, kekasih curang pernah...tidak diterima keluarga kekasih dan dihalau pun pernah. Dihina kerana menjadi seorang penyanyi pun pernah juga. Tidak memiliki kewangan yang stabil lantas kekasih bertanya, "You nak bagi I makan pasir ke kalau I kahwin dengan you?" ...pun pernah! Sedih teramat sedih dan malu pada diri sendiri...
Namun, Alhamdulillah...pada setiap kegagalan dan kekecewaan sesebuah perhubungan cinta bro itu, dapatlah bro merasakan nikmat kekecewaannya iaitu setiap perpisahan yang berlaku, dan pada setiap kekecewaan itu bro pasti menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang berlainan dari biasa...dan selalunya, satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.
"Seolah-olah ianya satu latihan, apabila bro bertemu dan berpisah dengan gadis ini, ianya adalah untuk bro belajar kerana bro akan menemui gadis itu."
Jadi, sudah pastinya bro akan tersenyum... dan hampir setiap kali bro memulakan sebuah percintaan baru, bro merasakan pengalaman silam dan kekecewaan yang lepas menjadikan bro seorang kekasih yang lebih baik! Sebab itulah lama-kelamaan, bro hanya mengambil masa paling lama satu hari sahaja untuk berduka jika berlakunya perpisahan, kerana bro tahu kegembiraan dan kebahagiaan pasti hadir tidak lama lagi.
SO, Apa yang bagusnya bila terkecewa dalam cinta???...itulah yang bagusnya! Ia menjadikan kita lebih hebat dalam bercinta, lebih sabar dan tabah malah jauh lebih berpengalaman dalam menangani berbagai persoalan cinta. Well seperti yang bro lakukan sekarang...hehehe..
So, ingat!...Apabila berlaku perpisahan dan kekecewaan, ianya adalah kerana anda akan menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang berlainan dari biasa...dan selalunya, satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya! Jadi anda patut bersyukur malah kalau boleh bergembira kerana anda bakal bertemu orang baru, mesti so exciting! Dan anda juga harus merasa lega kerana anda telah terlepas dari satu bala dari bersama orang yang tidak menghargai anda.
Pesanan bro pada you all semua, Insyaallah you akan berjaya jika you percayakan kepada kebahagiaan dan jangan fikirkan kedukaan. Please, jangan putus asa! Semakin banyak kita dikecewakan, sebenarnya kita menambah ilmu di dada sehingga kita menjadi semakin bagus malah kita sebenarnya telah menghampiri jodoh kepada sebuah cinta yang sejati!
No comments:
Post a Comment