Pages

Saturday, January 22, 2011

Wanita tua hampir-hampir diperkosa ditepi jalan kesiannya.......apa nk jadi dgn dunia skg ni

Menuntut ilmu jalan menuju syurga

Ilmu ialah pengetahuan (maklumat) yang merupakan lawan kepada ketidaktahuan atau kejahilan. Ilmu secara syarie adalah ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang berupa penjelasan dan petunjuk yakni al-Quran, as-Sunnah dan kefahaman yang benar terhadapnya. Iaitu ilmu yang membimbing kehidupan di dunia hingga ke akhirat.

Ilmu bermanfaat pula merujuk kepada dua perkara, iaitu ilmu tentang keagungan Allah Taala yang diketahui melalui nama-nama-Nya yang indah (al-Husna) dan sifat-sifat-Nya mulia yang menjadi hak-hak-Nya. Dengan mengetahuinya, akan membawa kepada pengagungan, rasa takut, cinta, harapan, sabar, reda dan tawakal hanya kepada Allah.

Thursday, January 20, 2011

mStar Online : ADUN Merlimau Meninggal Dunia

mStar Online : ADUN Merlimau Meninggal Dunia

20 fakta menarik mengenai Islam



1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu??

Kata orang barat  "What's the fuss all about?"Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.Permasalahan mengikut usia.Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.


Wasiat Nabi Muhammad S.A.W Mengenai Wanita

Tahukah kamu apa yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita sebelum wafatnya baginda? Baginda berpesan supaya umat Islam melindungi kaum wanita dan menjaga mereka dengan baik. Inilah bukti betapa sayangnya baginda kepada wanita. Maka adalah tidak wajar jika orang bukan Islam menganggap Islam menindas wanita. Apa yang dilihat berlaku pada hari ini bukan yang di ajar oleh Islam, tetapi ini adalah kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam itu sendiri. Jadi bukanlah Islam yang harus dipersalahkan. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui pesanan nabi kita Muhammad s.a.w tentang wanita.


Wednesday, January 19, 2011

HARUN DIN TUMPASKAN MUBALIGH ANGKUH..

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja.
Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat. Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .

Tersesat Di Syurga

Seorang pemuda yang kuat beribadah berjumpa dengan seorang sufi. Dengan bangganya pemuda itu mengatakan bahawa dirinya telah melakukan ibadah wajib, sunnat, membaca Al Quran, berkorban untuk orang lain dan satu-satunya harapan pemuda itu adalah masuk syurga. Kerana itulah dia begitu menumpukan kepada amalannya. Bahkan si pemuda tersebut telah menyediakan sebuah buku untuk mencatat setiap amal baiknya selama ini dalam buku hariannya.. setiap hari dia mencatatnya tanpa jemu.

Wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali RA




Wahai Ali,
bagi orang yang mukmin ada 3 tandanya
: tidak terpaut hatinya pada harta benda
:: tidak terpesona dengan pujuk rayu
::: benci terhadap perbuatan dan perbualan sia-sia

5 Syarat Untuk Membuat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

KENALI MUSUH SEBENAR ANDA SEBELUM MELAWANNYA

Musuh yang sebenar tersebut sudah semestinya seperti yang dinyatakan jelas dalam al-Quran iaitu " SYAITAN" laknatullah ...


Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Antaranya, dalam Surah Faatir ayat ke enam ;
Musuh yang sebenar? siapa?

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Maksudnya : Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.


Tuesday, January 18, 2011

.: Sifat jimak ahli syurga dengan perempuan-perempuan. :.

Allah swt berfirman:

14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang
diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda
Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang
bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah),
pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Ali-Imran 14)

Surat dari Nabi Akhir Zaman


Surat Muhammad SAW Untuk Gereja Vatican.

Aku telah menelefon Nabiku , Nabi akhir zaman, Muhammad SAW dengan hatiku lalu terjadilah surat ini. Dari Muhammad SAW Nabi Akhir Zaman untuk Vatican sebagai hadiah istimewa untuk umat-

umatku yang sedang menganut agama Allah dan RasulNya iaitu Islam.

blog dan saya

Entah, tidak tahu hendak buat ape tadi, buka jer laptop terlintas di fikiran hendak buat blog....ermmm
susah jugak buat blog ni,edit itu tak kena edit tak kena
last-last bantai jer ape yang ade kat depan mata,
hasilnye tengoklah macam ni la jadinye...hehe

langkah pertama nak cuba bermain dengan aktiviti blog ni,
harap-harap mendatangkan kebaikan pada saya mahupun semua orang,
blog ni adakalanye memberi kebaikan pada kita,jika ianye di gunakan dengan sebaik mungkin,tapi adakalanye memberi kesan negatif bila mana fitnah menjadi bahan yang tidak
sepatutnye di sebar menjadi bahan mainan di campak ke dalam blog.

Aduhai,
okayla tidak mahu citer panjang sebagai langkah permulaan
hanye sekadar memanas jari jemari sahaja
mungkin lepas ni ade citer yang lebih baik saya nak kongsi dengan semua orang
harap blogger yang ade dapat memberi sedikit maklumat yang berguna dalam blog saya ni lepas nih..

kekurangan dan kelemahan  yang ade dalam blog saya ni adalah ketidakpandaian saya
jangan dikutuk,tegurlah dan kritiklah agar membina saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here