Pages

Saturday, October 1, 2011

'Umno, I know who you are' - Nik Aziz

Nazri Abdullah   
KEPALA BATAS, 1 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN.
Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977.
"Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar.
"Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini.
Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS.
Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama.

Ustaz Azhar di UIA: 'Tangan jahat' ganggu program

Muhammad Hafizuddin
  
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi.

Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM.
Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati.

Hudud diterima jika faham konsep

PENGKALAN CHEPA- Hukum hudud akan dapat diterima dan dilaksanakan jika konsepnya benar-benar difahami semua tanpa mengira agama dan bangsa.

Bendahari Pas Pusat, Datuk Ab Halim Ab Rahman berkata, isu penerimaan ini timbul apabila ada sebahagian kurang memahami hukum hudud sehingga timbul anggapan ia undang-undang yang kejam.

“Hudud tidak melibatkan orang bukan Islam, ia hanya untuk orang Islam, dan semua hukum Islam tidak akan dikenakan kepada orang bukan Islam, penjelasan tentang undang-undang Islam itu penting bagi memastikan ia benar-benar difahami seterusnya membantu proses pelaksanaannya.

“Bukan mereka tidak menerima tetapi mungkin disebabkan kurang memahami maksud di sebalik pelaksanaan hukum Islam itu menyebabkan timbul pelbagai spekulasi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Sambutan Aidilfitri Parlimen Pengkalan Chepa di sini semalam. 

Bukan DAP tolak, tetapi Umno: PAS


KOTA BHARU–DAP baru tiga tahun bersama Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dan ia mengambil untuk memahami perundangan Islam!.

Itu tegasan yang dibuat Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengulas mengenai sikap pimpinan DAP yang jelas menolak pelaksanaan hukum syariah tersebut.

Sebaliknya, Mohd Amar berkata, tindakan Umno sebagai sebuah parti yang dianggotai masyarakat Islam yang sering mempersoalkan perlaksanaan hukuman tersebut perlu diberi perhatian.

“Kalau MCA yang sudah sekian lama bersama Umno pun mahu keluar daripada Barisan Nasional sekiranya Umno terima hudud, inikan pula DAP.

“Kenapa MCA tidak setuju kita tak bising, tapi bila DAP tak setuju ia diperbesarkan? Sekarang kita lihat DAP mula memahami,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Teka Apakah Benda Pink Ini?


IS IT TRUE


Kalau dapat teka.. korang memang hebat


Sila teka apakah benda bewarna pink ini? Kamon peeps. Take a guess.


Kalau korang teka aiskrim korang salah. Ini ialah daging ayam yang diproses. Semua bahagian ayam seperti paruh, ginjal. kepala, kaki dan perut dikisar didalam mesin sehingga lumat menjadi this pink gooey paste. Paste ini sangat berbakteria dan untuk mengelakkan bakteria merebak paste ini direndam didalam larutan amonia. Selepas itu perisa dan pewarna tiruan dimasukkan kedalam paste ni.

So what do they make from this pink good of awesomeness? Look below. God help me for exposing the truth

Friday, September 30, 2011

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa






Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)


Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)


Jadi, mengapa masih perlu berdoa?

APAKAH HUKUM HUDUD YANG SEBENARNYA, AZIZ?


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
APAKAH HUKUM HUDUD YANG SEBENARNYA, AZIZ?
02 Dzu al-Kaedah 1432 / 30 September 2011
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Aziz Jamaluddin Mhd Tahir yang menyatakan masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.” Bagi DPPM, kenyataan Aziz seperti menuduh PAS yang mencipta hudud, bukannya ia datang daripada hukum Islam.

Jika demikian, DPPM mencabar Aziz untuk membuktikan apakah Hudud yang sebenarnya. Sila bezakan antara Hudud yang diperjuangkan PAS dengan hudud yang diperintah Allah SWT untuk dilaksanakan. DPPM sanggup menyediakan Aziz ruang untuk menyampaikan maksud hudud sebenar seperti yang diperintah oleh Islam.

Fakta penubuhan PAS bukti Umno tolak Islam

Mohd Nasir Awang   

Esok, 1 Oktober 2011, ribuan pemimpin, ahli dan pendukung PAS dijadualkan berhimpun di Kepala Batas, Pulau Pinang bagi merayakan Sambutan Ulangtahun ke-60 usia perjuangannya.

‘Sepak mula’ aturcara sambutan itu malah berlangsung lebih awal dengan acara Forum Perdana yang dijadual diadakan malam ini (Jumaat). Dengan tajuk “PAS: Pembangkang, Pemerintah dan Penyelamat Ummah”, forum yang menampilkan Ustaz Idris Ahmad sebagai moderator itu turut membariskan empat nama besar dalam perjuangan Islam tanahair.

Mereka adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Naib Presiden, YB Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Agenda lebih padat bagaimana pun menanti hadirin esok hari. Seperti biasa, ia bakal dipenuhi sessi ucapan, pembentangan kertas kerja dan perbahasan di sebelah pagi. Serentak itu turut dilangsungkan karnival jualan dan pameran sejarah PAS, selain ikut diselit aturcara persembahan pentas.

Kehebatan budu Kelantan


Sos ikan bilis yang diperam hingga hancur telah lama menjadi kegemaran masyarakat Pantai Timur. Kini makanan tradisional itu mendapat kebanggaan baru – dipeketkan dan dijadikan produk kecantikan.





BUDU sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Dikatakan, hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka.
“Walaupun keluarga saya berketurunan Cina, namun kami selalu makan budu bersama ikan bakar dan ulam-ulaman,” akui Tan Chia Ying, 22.
Beliau yang tinggal di Kampung Panji, Kota Bharu, tidak malu mengaku makan budu sejak kecil. Keluarganya sering menyediakan budu yang diperah limau nipis dan dicampur cili api dan bawang.
“Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya melihat masyarakat Cina di Kelantan makan budu. Malah ramai kenalan saya yang berketurunan Cina meminati budu,” katanya yang berkulit putih gebu.
Kartilawati Subari, 40, pula berkata, beliau sentiasa menyimpan bekalan budu di rumahnya untuk dihidangkan kepada keluarga.
Terang beliau, walaupun budu merupakan makanan tradisional namun ia mempunyai banyak khasiat tetapi kurang didedahkan.

Hudud: Keputusan UMNO untuk laksanakan



Pakatan Rakyat berjaya mencapai kata sepakat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud.Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara ini dalam sidang media bersama yang diadakan kira-kira jam 1 pagi tadi selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS.
“Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan,” kata Anwar.
Anwar juga berkata, “Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi…bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat…kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada.”

Thursday, September 29, 2011

Ali Rustam burukkan Kelantan macam mana?


MELAKA, 29 Sept: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) mempersoalkan tindakan polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor.
Beliau melontarkan pertanyaan itu kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah memburukkan Kelantan sebelum ini.
"Macam mana pula orang Kelantan dengan Ali Rustam, apa yang Ali Rustam tak cakap tentang Kelantan. Dalam dan luar sidang Dun, sentiasa Kelantan diburukkan.
"Beliau pernah melarang pegawai kerajaan pergi Kelantan. Pernah beliau menarik balik larangan itu?"

"Di Melaka orang buang anak, di Kelantan orang buang anak dan dibakar anak itu, itu antara ucapan Ketua Menteri dalam sidang Dun," ujar Adly yang juga Yang Dipertua PAS Alor Gajah di dalam blognya.

Prinsip Perjuangan Mestilah Jelas Dan Jangan Tergelincir



Perak,29hb. Sep 2011.Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad mengingatkan kepada para penyokong Pas khususnya para ulamak agar tabah dalam mengharungi mehnah dan ujian dalam perjuangan menegakkan Islam melalui wadah perjuangan Pas.
Beliau menegaskan demikian dalam satu sesi taujihat pimpinan dalam retreat Dewan Ulamak Pas Pusat yang diadakan di Perak baru-baru ini.

Beliau turut membawa kisah perjuangan para anbia’ terdahulu dalam megharungi pelbagai halangan dan cabaran dalam menyampaikan mesej Islam kepada kaum mereka.

Menurut beliau lagi, pada hari ini cabaran dan halangan dalam menyampaikan mesej Islam juga melalui denai dan jalan yang sama. Ada di antara mereka thabat dalam perjuangan dan ada juga segelincir yang tidak tahan dengan tekanan dan ujian lalu mengambil pendekatan yang berbeza.

Wednesday, September 28, 2011

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:



1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

This is a Story...Please read this!



Hi, Mommy.

... ... ...I'm your baby. You don't know me yet, I'm only a few
weeks old. You're going to find out about me soon, though, I promise.
Let me tell you some things about me. My name is John, and I've got
beautiful brown eyes and black hair. Well, I don't have it yet, but I
will when I'm born. I'm going to be your only child, and you'll call me
your one and only. I'm going to grow up without a daddy mostly, but we
have each other. We'll help each other, and love each other. I want to
be a doctor when I grow up.



You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn't
wait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life was
perfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face I
will see in my life, and it will be the best thing I see in my life. I
know it already.


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ... diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here