Pages

Saturday, October 1, 2011

Bukan DAP tolak, tetapi Umno: PAS


KOTA BHARU–DAP baru tiga tahun bersama Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dan ia mengambil untuk memahami perundangan Islam!.

Itu tegasan yang dibuat Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengulas mengenai sikap pimpinan DAP yang jelas menolak pelaksanaan hukum syariah tersebut.

Sebaliknya, Mohd Amar berkata, tindakan Umno sebagai sebuah parti yang dianggotai masyarakat Islam yang sering mempersoalkan perlaksanaan hukuman tersebut perlu diberi perhatian.

“Kalau MCA yang sudah sekian lama bersama Umno pun mahu keluar daripada Barisan Nasional sekiranya Umno terima hudud, inikan pula DAP.

“Kenapa MCA tidak setuju kita tak bising, tapi bila DAP tak setuju ia diperbesarkan? Sekarang kita lihat DAP mula memahami,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, Pas diwujudkan di negara ini kerana mahu menegakkan dasar Islam dan terus berusaha untuk melaksanakan hudud selaras dengan tuntutan agama.

Katanya, perlaksanaan di Kelantan sebagai ‘makmal’ dan ia dilaksanakan di negeri-negeri lain sekiranya menunjukkan kejayaan.

“Kita lihat dulu, sekiranya ada kelemahan, kita berusaha memperbaikinya dan sekiranya berjaya, kita boleh laksanakan di negeri-negeri lain pula.

“Kita mesti mencari keredhaan Allah, bukan kerana nak menang pilihan raya semata-mata, tidak ada gunanya kemenangan sekiranya tidak dengan keredhaanNya,” katanya.

Mohd Amar berkata, orang ramai tidak sepatutnya takut kepada hudud kerana ianya dilaksanakan bagi menghukum orang yang melakukan kesalahan.

“Kenapa kita nak takut kalau kita tak buat salah? Selama 10 tahun Nabi Muhammad berada di Madinah, tidak sampai 10 kes zina dan ini menunjukkan kejayaan hukum Allah yang menyebabkan manusia takut untuk berbuat dosa secara terang-terangan.

“Kita tidak mahu orang berbangga kerana melakukan dosa sehingga sanggup mengadakan pesta arak dan macam-macam lagi,” katanya.

Mohd Amar mengajak seluruh umat Islam berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu memasukkan hukum hudud dalam undang-undang syariah di Kelantan.

SUMBER:- http://www.sinarharian.com.my/sh/kelantan/content/story9580928.asp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here