Pages

Thursday, September 29, 2011

Prinsip Perjuangan Mestilah Jelas Dan Jangan Tergelincir



Perak,29hb. Sep 2011.Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad mengingatkan kepada para penyokong Pas khususnya para ulamak agar tabah dalam mengharungi mehnah dan ujian dalam perjuangan menegakkan Islam melalui wadah perjuangan Pas.
Beliau menegaskan demikian dalam satu sesi taujihat pimpinan dalam retreat Dewan Ulamak Pas Pusat yang diadakan di Perak baru-baru ini.

Beliau turut membawa kisah perjuangan para anbia’ terdahulu dalam megharungi pelbagai halangan dan cabaran dalam menyampaikan mesej Islam kepada kaum mereka.

Menurut beliau lagi, pada hari ini cabaran dan halangan dalam menyampaikan mesej Islam juga melalui denai dan jalan yang sama. Ada di antara mereka thabat dalam perjuangan dan ada juga segelincir yang tidak tahan dengan tekanan dan ujian lalu mengambil pendekatan yang berbeza.


Ulas beliau lagi, di antara faktor  kenapa seseorang itu boleh tergelincir dalam perjuangan ialah kerana tidak mempunyai pendirian yang tegas dan jelas terhadap perjuangan Islamn dan takutkan kemisikinan.

Kata beliau lagi, seseorang itu juga boleh tergelincir dari landasan perjuangan dengan sebab mempunyai pendirian yang ‘melampau’ atau ‘ekstrem’ dalam memahami Islam tanpa panduan ilmu. Kadang-kadang apa yang dibolehkan oleh para ulamak tetapi kita mengharamkannya tanpa berpandukan kepada ilmu.
“kadang-kadang faktor yang menyebabkan kita tergelincir dalam perjuangan ini juga berpunca dari sikap kita sendiri yang tertipu dengan kedudukan jawatan kita dan suka menonjol diri bukan kerana Allah s.w.t” tambah beliau lagi.

“Rasulullah s.a.w  pernah memberitahu kepada kita  bahawa perkara yang paling ditakuti adalah syirik, dan syirik itu tidak semestinya menyembah bahala, tetapi syirik itu juga merakumi perbuatan yang kita lakukan  bukan kerana Allah tetapi kerana ingin mendapat pengiktirafan makhlukNya” ujar beliau lagi yang juga merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Johor

sumber:-http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=309%3Aprinsip-perjuangan-mestilah-jelas-dan-jangan-tergelincir&catid=17&Itemid=19

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here