Pages

Sunday, February 6, 2011

Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda?

Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda.

Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.

Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah, membina hidup yang senang.

Jika Anda lihat hidup Anda selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Anda berubah. Maka berubahlah!

Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Anda berubah. Bila Anda dilanda masalah, katakan pada diri Anda, “inilah masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda merasa ada ‘thrill’ untuk menyelesaikannya, bukan terbeban olehnya. Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.

Masalah tak akan selesai jika Anda gunakan cara lama. Anda kena cari kaedah baru. Anda kena rangka strategi baru. Di sinilah Anda akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Anda kena ubah semua itu.

Bila Anda laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Anda jumpa tadi, kesannya Anda berubah tanpa Anda sedari. Anda akan berjaya menerobos sempadan diri.

Apabila Anda dah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam hidup Anda, Anda akan berjaya mengubah diri Anda kepada sikap baru, attitude baru tanpa Anda sedari. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda ada motivasi untuk menyelesaikannya.

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Masalah diturunkan sebagai balasan atas dosa-dosa Anda. Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar.

Masalah diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak meminta ampun dan tidak meminta maaf daripada Allah.

Syaitan sentiasa menggoda Anda 24 jam tanpa henti. Maka wajarlah kiranya Anda bertaubat tanpa henti sebab mana tahu Anda ada terbuat dosa tanpa Anda sedari. Untuk bertaubat, sebaik-baik cara adalah mendirikan solat sunat Taubat. Cara paling senang adalah dengan melafazkan istighfar sepenuh hati.

Sebagi orang Melayu beragama Islam, pandanglah masalah sebagai amaran daripada Allah atas perbuatan Anda. Anggaplah masalah sebagai ‘warning’ Allah bahawa Anda sudah jauh dariNYA, Anda sudah lupakan suruhanNYA dan Anda mula mendekati laranganNYA.

Amalkan istighfar selalu sebagai cara untuk memohon ampun kepada Allah selain untuk mencuci hati dari sifat-sifat negatif seperti cemburu, hasad dengki dan mudah marah. Selalulah berselawat kepada Nabi Muhammad supaya masalah (cabaran) yang Anda lalui sekarang ini diringankan bebanannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here
There was an error in this gadget