Pages

Sunday, February 6, 2011

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Berkahwin?

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya
anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke
jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga
yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk
mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara.
Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani
berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang
tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus
dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan
anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa
anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya?
Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika
jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi
realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar
yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan
tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu
almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga
emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan
mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng
masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia
menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul
untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda
selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan
emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan
pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin
berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai
akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan
dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan
tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik
adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari
bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi,
seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah
pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi
menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan
kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi
hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah
kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda
tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak
sekalipun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here