DUNIA dilimpahi hujan tangisan menyaksikan peristiwa penyiksaan yang amat kejam terhadap sepasang suami dan isteri serta seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Mereka di heret ke padang pasir dan dijemur dibawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan pula diikat dengan rantai. Seksaan semakin kejam apabila mereka tidak menurut kehendak orang yang menyeksa.
Si isteri diikat di antara dua ekor unta. Paksaan demi paksaan dilakukan agar mereka meninggalkan pegangan mereka. Namun, keutuhan dan kekuatan yang didatangkan oleh pegangan itu membuatkan mereka tidak gentar dan sanggup menahan seksaan yang amat dahsyat. Akhirnya, padang pasir yang gersang dan matahari yang terik memancar menjadi saksi pembubuhan kejam sepasang suami isteri itu. Sebilah lembing dihunus dan ditusuk tanpa belas ke dada si isteri dan suami.
Dia hanyalah seorang wanita dan anak yatim piatu. Kebaikan hati dan ketaatan kepada tuannya menjadikan dia cukup disegani walaupun dia hanya seorang hamba yang berkulit hitam. Perkahwinannya dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya menjadikan hidupnya lebih bermakna. Lebih membahagiakan apabila mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel.
Namun kebahagiaan itu tidak beerti dan mengundang bencana apabila mereka memeluk Islam. Mereka adalah antara individu yang terawal memeluk Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mekah.
Dia adalah wanita yang tabah dan menjadi contoh kepada wanita Islam lain bukan sahaja pada zaman nabi, malahan, sehingga kini, namanya disebut sebagai wanita pertama yang mati syahid di bumi Mekah. Dia mati demi menegakkan iman dan akidahnya terhadap Islam. Dia adalah Sumaiyyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Ammar bin Yasir.
Sumaiyyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi yang merupakan seorang pembesar Quraisy. Manakala suaminya pula bernama Yasir bin Amin Al-Ansi, seorang pendatang dari Yaman. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.
Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah di bawah naungan Bani Makhzum.
Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Mekah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyeksaan daripada golongan musyrikin Mekah.
Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.
Sumaiyyah, Yasir dan Ammar telah diheret ke padang pasir dan dijemur di bawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w lalu di tempat keluarga Yasir diseksa. Rasulullah s.a.w berkata, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah syurga.”
Kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menenangkan hati dan jiwa raga mereka, iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka diseksa dengan kejam dan zalim oleh musyrikin daripada Bani Makhzum.
Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca Sumaiyyah dan turut sama menyeksa Sumaiyyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.
Abu Jahal sangat marah dengan sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Mekah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugur sebagai syahid pertama di bumi Mekah. Suaminya Yasir juga turut syahid kemudiannya.
Nama Sumaiyyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan akidah dan keimanannya kepada Allah s.w.t.
Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada, anaknya, Ammar pula dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala. Ammar hanya menyebut di lidah semata-mata tetapi di hatinya terus memuji Allah s.w.t.
Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara ‘rukshah’ dan ‘azimah’. Musyrikin Mekah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.
Selepas dilepaskan daripada seksaan Ammar pun menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perbuatannya itu. Rasulullah s.a.w bertanya, “Bagaimana dengan hatimu?” Jawab Ammar, “Saya tetap beriman dengan Allah.” Rasulullah s.a.w membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih ‘rukshah’.
Jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni syurga Jannatun Naim menjadi perangsang kepada wanita Islam yang lainnya. Keteguhan dan ketabahannya meneguhkan iman di dada tanpa mengjiraukan nyawa harus dijadikan contoh wanita masa kini.
Sumbangan Sumaiyyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Islam. Antaranya, berani menyatakan yang hak, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah serta memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
Selain itu, Sumaiyyah merupakan lambang ketaatan yang tiada belah bagi kerana berjaya memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Nama Sumaiyyah terus disebut sehingga kini sebagai seorang wanita yang terbaik sebaik manusia yang dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penyeksaan yang turut diceritakan semula menjadi kekuatan bagi wanita solehah untuk turut berazam memiliki jiwa dan hati setabah Sumaiyyah.
Darahnya menjadi sumbu pelita keimanan. Tangan yang lembut menghayun buaian akhirnya membuktikan bahawa wanita sepertinya mampu menggoncang dunia dengan hanya memperteguh keimanan kepada Allah s.w.t.
Kisah ini memberi gambaran kepada wanita Islam diseluruh dunia masa kini bahawa kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar bagi seorang wanita adalah dapat mempertahankan Islam sepenuh hati. Betapa Sumaiyyah sanggup mengorbankan nyawa demi meneguhkan iman dan ketakwaannya kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan wanita masa kini yang tidak berhadapan langsung dengan ancaman bunuh atau seksaaan seperti Sumaiyyah?
Jika digabung kesemua wanita yang memiliki sikap dan sifat cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk kemuliaan dan pengiktirafan buat mereka, pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan seorang wanita yang beriman seperti Sumaiyyah dan wanita-wanita lain pada zaman Nabi yang mempertaruh nyawa dan diri demi Islam.
source=Sumaiyyah : Hidup dan Mati Kerana Allah (http://psittacula.wordpress.com/2007/12/19/sumaiyyah-hidup-dan-mati...)

No comments:
Post a Comment