Pages

Friday, February 18, 2011

Masih ada yang sayang



Hari terus berlalu. Sesekali ia tidak akan menjemput kita semula. Lalu hati terus menjadi hampa. Tiada arah dan tiada tujuan. Hinanya bila mengenang semula 'dosa-dosa' yang telah tertampal di hati kita. Ingin memadamkannya tetapi terasa tiada siapa yang mahu membantu.

Langit yang biru terasa terlalu gelap untuk diri kita. Hati yang dahulunya putih berseri sudah dipenuhi dengan sawang-sawang 'peristiwa' yang lalu. Menangis- hanya itu yang mampu dilakukan.

Tidak sebenarnya. Tangisan itu bukan tangisan biasa. Tangisan itu yang mampu menyucikan semula sawang yang  telah bersarang jauh disetiap genap penjuru. Tangisan itulah yang membuka semula pintu cahaya untuk menerjah masuk dan menyinari semula hati yang telah 'menyesal' dan ingin 'kembali' ke pangkal jalan.

'Menyesal'.. Jika kita mengerti pengertian sucinya, pasti hatinya kembali tersenyum kerana dengan adanya MENYESAL dan TANGISAN, itulah tanda MASIH ADA YANG SAYANG.

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Allah sentiasa bersama kita. Yang PENTING, jangan sesekali kita berputus asa dari mencari HIDAYAH Nya. Hidayah itu sentiasa ada dihadapan anda, cuma sahaja yang kita belum lagi membuka pintunya. Carilah, usahalah, berdoalah kepadaNya, INSYAALLAH, hidayah itu semakin dekat.

Kita milikNya, dan kepadaNya tempat kita kembali. Kembalinya kita nanti kepadaNya, janganlah kita kembali dalam keadaan serba kekurangan, tetapi biarlah, diri kita berjumpa denganNya dengan keadaan yang bersiap sedia untuk menerima janji-janjiNya. Pada ketika itulah, rindu kita terbalas dengan berjumpa dengan Nya dan bergembira di suasana indah di SYURGA kelak. amin..

Allah sayangkan kita.. Adakah kita sudah kembali menyayangiNya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here