Pages

Thursday, January 27, 2011

Apabila Kuku Sakit


Syukurlah anda tidak pernah mengalami kuku sakit terutamanya kuku pada ibu jari kaki. Tapi bagi mereka yang pernah merasainya, pasti kesakitan hampir tidak tertahan. Mahua saja ibu jari kaki itu dibelah dan keluarkan kuku-kukunya sekali?

Di tempat saya, sakit ini dipanggil 'sumang'. bahagian tepi kuku tumbuh kemudian menembus isi ibu jari kaki. Apabila ini berlaku, isi tepi ibu jari yang luka kerana ditembusi kuku tadi akan mengalami infeksi. Kalau dibiarkan lebih lama lagi, kerosakan pada isi tersebut akan menjadi lebih parah. Inilah yang mengakibatkan kerosakan yang memang benar-benar mengundang derita: SAKIT!

Sakit ini walaupun nampak remeh tetapi kalau dibiarkan akan menjadi gangren, isi rosak lalu bernanah, kuku terkopak, dan kesakitan penderita bukan kepalang. Pakai selipar sakit, apa lagi pakai kasut. Berjalan pun sukar.

Atasinya dengan rawatan yang kerap dengan memotong tepi kuku tersebut agar tidak menusuk isi tepi ibu jari kaki tersebut.

Ikhlas dari saya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here