Pages

Thursday, January 27, 2011

Persoalan: Mustahilkah untuk berubah?

Persoalan: Mustahilkah untuk berubah?

Jawapannya: Tidak mustahil.

Persoalan: Tetapi, perubahan yang mana satu perlu kita berubah? Jalan kebaikan atau keburukan? Bukankah perubahan untuk menjadi baik itu lebih susah dari menjadi jahat?

Jawapan:

Bukankah Allah sudah berfirman bahawa:"

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
Surah Az Zukhruf 43:62

Tambahan pula, syaitan sentiasa memerhatikan gerak geri kita jika terlintas di hati kita untuk melakukan sesuatu kebaikan. Lalu, ia menyukarkan kita dengan pelbagai helah dan tipu. Hingga, mereka ini sungguh takut jika kita semua akan kembali ke jalan Allah selepas membaca artikel ini .



Disebalik itu juga, tidak dapat dinafikan lagi, setiap perubahan yang dilalui itu, perlu melalui satu lorong yang penuh onak duri. Ugutan manusia yang berupa ejekan, cemuhan, kata-kata kesat dan sebagainya itu, adalah salah satu petanda bahawa perubahan sedang berlaku dalam hidup kita. Manusia yang degil kepada perintah Allah ini sentiasa mengugut dan mengugat kita agar kembali kejalan kehinaan.

Oleh kerana itulah, kita mesti berhati-hati memilih teman dalam kehidupan seharian kita. Ibarat jika kita datang ke kedai menjual besi, pasti kita akan mendapat debu-debu besi, tetapi jika kita menjejaki kedai menjual haruman minyak wangi, pasti kita akan terkena tempias wangian tersebut.

Maka, jika kita inginkan perubahan kebaikan, hadirkan hati kita kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah kerana sudah pasti, anda juga akan mendapat cahaya keimanan seperti mereka.

Berkira-kira dengan dugaan

Namun, fitrah manusia yang kadang kala merungut sehingga mengatakan bahawa,"

"aku sudah mahu berubah, mengapa sukarnya jalan ku ini"

Dan Allah telah menjawab persoalan itu dengan firmannya:

Ugutan manusia
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?" 
Surah Al- Ankabut 29:2

Cuba kita tarik nafas dalam-dalam, fikirkan semula niat suci kita semula. Bukankah dengan ujian itu, keimanan kita nanti akan menjadi semakin kuat. Kerana dengan bertambahnya iman seseorang itu adalah kerana kekuatan yang dimiliki untuk melawan kekuatan dugaan itu.

Allah tidak sesekali memberi kita dugaan yang luar dari kekuatan kita. Percayalah janji Allah itu benar kerana andai kata kita mengatakan bahawa kita mengenali diri kita sendiri, ingatlah bahawa Allah lebih mengenali diri kita lebih daripada kita sendiri.

Kerana setiap perubahan itu datangnya dari hati yang tulus ikhlas, mengharapakan pengampunan dari Allah swt.

Mari kita mulakan langkah kehidupan yang baru  kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka luas untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here