Pernah minum air cap badak? Saya pernah juga masa kecil-kecil dulu tapi jarang sangat pasal arwah bapa saya pun bukan pemgamal air cap badak ni. Air cap badak dipercayai turun temurun oleh org kita boleh
menyejukkan badan masa demam.
Sedikit antara kita yang mengambil tahu apa kandungan air cap badak ni, cuma dipercayai mengandungi ubat-ubatan dari China. Status halal haram tu, saya tak pasti pula samada air cap badak ni mempunyai logo halal JAKIM atau tidak.
Serbuan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu ke sebuah kilang memproses air penyejuk badan di Jerlum mendapati air yang didakwa boleh menyejukkan badan tersebut adalah 100% air paip dan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu. Ceh berapa ramai orang kita yang beli dan kemudian minum air paip.
Oleh kerana gambar jenama air tersebut diblurkan saya pun tak pasti jenama apa air penyejuk badan ni, sekali pandang macam air cap badak jer. Sekarang banyak produk yang mengeluarkan air penyejuk badan ni yang botolnya pun seakan-akan sama antara satu sama lain.Saya faham kalau sesuatu kes itu belum dijatuhkan bersalah oleh mahkamah pihak media cetak tidak berani nak menunjukkan jenama sesuatu barang tu, mana tau tup-tup kes mahkamah diaorang menang tak pasal-pasal kena saman.
Namun begitu sepatutnya mereka berkongsi dengan orang ramai terutama produk yang berkaitan dengan ubat-ubatan dan status halal haram supaya masyarakat boleh berwaspada. Kalau produk tu dah haram tetapi pihak tertentu melambat-lambatkan, tidak berkongsi atau menyorok maklumat kepada orang Islam yang lain dan orang Islam lain memakannya sapa nak tanggung? Lu tanggung la yerk!
Tahniah kepada penguatkuasa dan badan NGO seperti PPIM yang semakin rajin membuat serbuan-serbuan ke kilang yang disyaki. Sampai ada yang kena kurung pun ada, hanya Allah saja yang membalas budi korang.
Kita sebagai pengguna pula mestilah prihatan berkaitan isu halal haram ni. Jadi darah daging kita dan anak-anak. Jangan lupa membuat laporan kepada pihak tertentu seperti PPIM apa yang tengah hot di sana ialah kisah kaki katak dalam mee groreng di kopitiam. yekk
Nampak Sedapkan??
No comments:
Post a Comment