Arapaima gigas atau dikenal ikan arapaima masih merupakan rumpun
arowana. Ikan ini termasuk ikan air tawar terbesar di dunia,
dapat tumbuh sampai 2,5 – 3 meter. Arapaima gigas hanya
ditemukan di sungai Amazon dan termasuk satwa yang sangat dilindungi. namun saat ini sudah bisa kita lihat di indonesia.
ikan arapaima ini merupakan jenis ikan zaman purbakala karena itu kita dituntun untuk melestarikannya supaya anak cucu kita
masih bisa melihat ikan air tawar terbesar di dunia ini nanti.
ikan ini dilindungi dikarenakan jumlah spesiesnya yang makin
hari makin sedikit karena ikan ini biasanya dijadikan ikan konsumsi oleh masyarakat setempat karena rasa dagingnya yang
enak. selain itu lidah ikan ini juga biasa dimanfaatkan sebagai
obat cacingan.
Dengan ukuran tubuhnya yang besar dan tenaga yang luar biasa,
Arapaima dapat merobohkan seekor anak kerbau yang sedang minum
di pinggir sungai dan memakannya.
Ikan ini adalah jenis ikan yang bernapas dengan mengambil
oksigen secara langsung, oleh sebab itu ikan ini sering kali kepermukaan air untuk mengambil udara. Mereka termasuk dalam
ikan yang bernapas dengan mengambil udara langsug dari atmosfer (obligate air breather). Oleh karena itu, ikan ini harus muncul
ke permukaan setiap 5 – 20 menit sekali, tergantung pada
ukurannya. Ikan muda, biasanya muncul dipermukaan setiap 5 menit
sekali, sedangkan ikan dewasa muncul setiap 18 – 20 menit sekali.
Daripada wikipedia
Arapaima can reach lengths of more than 2 m (6.6 ft), in some exceptional cases even more than 2.5 m (8.2 ft) and over 100 kg (220 lbs). The often cited maximum length of 4.5 m (14.8 ft)[2][3] comes from a single second-hand-report from the first half of the nineteenth century, and is not confirmed.[citation needed] The maximum-cited weight for the species is 200 kg (440 lbs). As one of the most sought after food fish species in South America, it is often captured primarily by handheld nets for export, by spearfishing for local consumption, and, consequently, large arapaima of more than 2 m are seldom found in the wild today.
[b]Info selebihnya : >>>> http://www.arkive.org/arapaima/arapaima-gigas/info.html
Read Here
Berikutan pendedahan Metro Ahad minggu lalu mengenai misteri ikan naga atau Arapaima
Gigas di Tasik Kenyir, kerajaan negeri menawarkan ganjaran RM10,000 kepada kaki pancing
yang berjaya menangkap ikan berkenaan.
Tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula semalam hingga 15 Ogos ini di seluruh tasik
kecuali kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang mengumumkan ganjaran itu, berkata kaki pancing
berminat perlu mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan
penguat kuasa Kenyir Rangers akan memantau usaha menangkap ikan itu.
“Walaupun Arapaima Gigas spesies ikan besar, ia tidak menyerang manusia tetapi
menjadikan ikan lain dalam tasik sebagai makanan.
“Kita khuatir dengan adanya spesies ikan berasal dari Sungai Amazon itu, ikan lain akan
pupus. Kita juga bimbang ikan itu akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita
bangunkan sebagai satu daripada destinasi pelancongan penting di Terengganu,” katanya
pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, ikan Arapaima Gigas yang berjaya ditangkap hidup-hidup akan di tempatkan di
Mini Zoo dan Taman Rekreasi Bukit Takal, Kemaman, sebagai tarikan orang ramai.
“Kita tidak tahu berapa jumlah sebenar ikan itu di Tasik Kenyir tetapi kita perlu
pastikan tiada ikan pemangsa. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi tidak akan
membesar seperti Arapaima Gigas,” katanya.
Katanya, kaedah menangkap ikan naga itu terhad kepada penggunaan joran dan setiap
peserta perlu mempunyai permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan
dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.
Metro Ahad minggu lalu mendedahkan misteri ikan naga iaitu Arapaima Gigas yang didakwa
wujud di tasik berkenaan dan dikatakan boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang selain
mencapai berat hingga melebihi 200 kilogram.
Ikan itu antara spesies hidupan air yang diharamkan ditangkap dan dipelihara di negara
ini.
Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu, Abdul Wahab Abdullah
dipetik sebagai berkata, ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan
lain sebagai makanan.
Ikan berasal dari Sungai Amazon itu diburu menggunakan lembing penduduk tempatan dan
dijadikan hidangan eksotik selain berdepan ancaman kepupusan di habitat asalnya itu
berikutan penangkapan tidak terkawal.
No comments:
Post a Comment