Kain Kafan dari Torino/Turin (atau dalam bahasa Inggeris: Shroud of Turin) adalah sepotong/sekujur kain lama yang berwarna coklat yang memiliki gambaran seorang lelaki yang tampak telah diseksa secara fizikal yang dilihat terjadi agak sejajar akibat dari perbuatan penyaliban. Kain ini disimpan di gereja kecil kerajaan di Katedral Santo Yohanes Pembaptis di kota Turin, Itali. Kain ini dipercayai oleh kebanyakan penganut Kristian sebagai kain kafan kepunyaan Jesus Christ ketika saat ia dimakamkan.
Gambaran pada kain kafan tersebut jauh lebih jelas dilihat dalam keadaan hitam-putih apabila kaedah penskrinan atau pengimejan dibuat dalam bentuk (foto negatif) jika dibandingkan dalam warna coklat asalnya. Gambar negatif yang menyolok ini, buat pertama kalinya dilihat pada malam hari tanggal 28 Mei 1898 di atas pepiring fotografi terbalik milik seorang ahli fotografi amatur Secondo Pia. Dia ialah satu-satunya ahli fotografi yang dibenarkan untuk mengambil gambar foto kain berkenaan ketika kain tersebut sedang dipamerkan di Katedral Turin. Menurut Pia, dia hampir menjatuhkan dan memecahkan pepiring fotografi tersebut akibat rasa terkejut ketika melihat gambaran seseorang lelaki telah muncul di atas kain tersebut.[2][3]
Kain kafan ini menjadi topik perdebatan yang hangat dan sengit di antara para ilmuwan, Pendeta Kristian, ahli sejarawan, dan para penulis mengenai di mana, bila dan bagaimana kain kafan serta gambaran di atasnya tercipta. Dari pandangan ahli agamawan Kristian, pada tahun 1958, Paus Pius XII telah menyetujui gambaran kain kafan tersebut ada hubungan dengan ketaatan Gereja Roman Katolik ke atas Wajah Suci Yesus, yang dirayakan setiap tahun pada Hari Selasa Pengampunan Dosa (Inggeris: Shrove Tuesday) atau Hari Selasa sebelum Hari Rabu Abu. Beberapa sumber Kristian mempercayai bahawa kain kafan tersebut merupakan kain yang menutupi Yesus ketika ia diletakkan di dalam makamnya dan gambarannya tercetak pada serat-serat kain tersebut pada saat atau dekat saat ia dipercaya bangkit dari kematiannya. Pihak skeptis, di sisi lain, beranggapan bahawa kain kafan tersebut merupakan karya pemalsuan Abad Pertengahan; beberapa pihak lain menghubungkan terciptanya gambaran ini dengan reaksi-reaksi kimia atau proses-proses alamiah yang lain.
Berbagai ujian telah dilakukan terhadp kain kafan ini, namun demikian perdebatan mengenai asal-usulnya tetap berlaku. Pentarikhan radio-karbon pada tahun 1988 yang dilakukan oleh tiga kelompok ahli sains bebas telah mengeluarkan hasil lalu telah diterbitkan di dalam jurnal akademik Nature yang membayangkan bahawa kain kafan tersebut telah dibuat ketika Abad Pertengahan, sekitar 1300 tahun setelah Yesus dilahirkan.Pernyataan-pernyataan akan adanya prasangka dan kesalahan di dalam pengujian-pengujian tersebut langsung muncul berikutan dari hasil penerbitan tersebut, dan dijawab oleh Harry E. Gove[4] atau beberapa orang lain. Walaupun demikian kontroversi pentarikhan ini terus berlanjutan.
Analisis lanjutan yang diterbitkan pada tahun 2005, misalnya, menyatakan bahawa contoh kain yang diambil oleh para kelompok penguji tadi untuk menghitung usia kain tersebut mungkin diambil dari bahagian kain kafan yang bukan merupakan sebahagian daripada kain kafan dari Torino yang asal. Kain kafan dari Torino yang asal juga dikatakan rosak akibat kebakaran di akhir Abad Pertengahan yang mungkin boleh juga menambahkan unsur karbon pada kain tersebut, hal ini mungkin menyebabkan kadar radiokarbon yang lebih tinggi lalu menyebabkan bacaan pada umur kain tersebut makin bertambah. Analisa ini pun dipertanyakan oleh pihak skeptis seperti Joe Nickell yang berhujah bahawa kesimpulan tersebut berasal dari penulis Raymond Rogers yang membuat kesimpulan daripada "menganalisa dengan cara permulaan dari kesimpulan yang diinginkan dan kemudian baru menelusuri kembali pada bukti-bukti yang ada".[5] Mantan editor Jurnal 'Nature' Philip Ball telah mengatakan bahawa idea yang menyatakan Rogers mengarahkan penelitiannya pada suatu kesimpulan yang telah tercipta sebelumnya adalah "tidak adil" kerana Rogers memiliki "sejarah karya-karya penelitian yang patut dihargai".
Namun begitu, penelitian pada tahun 2008 di Oxford Radiocarbon Accelerator Unit mungkin merubah pentarikhan tahun 1260-1390 yang sebelumnya diterima, yang menyebabkan pengarah institusi tersebut Christopher Ramsey terpaksa untuk mengundang komuniti ilmuan untuk melakukan pengkajian baru ke atas keaslian kain kafan tersebut.[6][7] "Dengan perhitungan-perhitungan radiokarbon dan dengan semua bukti yang lain yang kita miliki mengenai kain kafan ini, terlihat adanya suatu konflik dalam tafsiran terhadap bukti-bukti yang berbeza" kata Gordan kepada BBC pada tahun 2008 setelah penelitian yang baru muncul.[8] Walaupun tetap berfikiran terbuka, Christopher Ramsey tetap menekankan bahawa beliau berasa amat terkejut bila hasil pengujian pada tahun 1988 terbukti amat berbeza dengan hasil pengujiannya yang baru-baru ini, apalagi bila perbezaannya dilihat hampir "seribu tahun" kebelakangan.

No comments:
Post a Comment