Mak Yong merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini Mak Yong dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Asal usul Mak Yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan inspirasi. Suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah Mak Yong berasal dari nama Mak Hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai persamaam dengan Dewi Seri, dewi Hindu-Jawa. Mak Yong dianggap sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang terdapat dalam lirik Lagu Mengadap Rebab, lagu yang mengiringi tarian pembukaan dalam sebarang pertunjukan Mak Yong. Di Kelantan, Mak Yong dianggap mempunyai asal usul terus dari Nabi Adam, keturunan manusia yang mula-mula melalui berbagai dewa, semangat atau wira. Keyakinan ini amat kukuh di Kelantan. Ini menyebabkan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah yang simbolik dan mistik, seringkali dipetik dari pengajaran Sufi.
Satu lagi kemungkinan ialah Mak Yong berasal dari kepercayaan anismisme dan juga kepercayaan dan amalan perbomohan. Setengah dari pengertian kerohanian yang mendalam yang dihubungkan dengan Mak Yong dan setengah dari simbolisme disekitarnya, jelas menjurus kearah shamanisme. Mak Yong yang bersifat ritual dan yang dipertontonkan untuk maksud hiburan barangkali menunjukkan suatu manifestasi yang lebih awal genre tersebuat bila soal-soal ritual dan penyembuhan menjadi pertimbangan walaupun aspek hiburannya masih juga diadakan. Samada secara sendirian atau digabungkan dengan Main Puteri yang berunsur perbomohan itu, Mak Yong menarik perhatian dan perasaan orang-orang Melayu Kelantan dan ini akhirnya membenarkan perlepasan emosi dan penyembuhan samada melalui penglihatan secara menyeluruh ataupun melalui penglihatan emosi dan psikologi.

Main Puteri
Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit.
Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan maklus halus, hilang semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi.) Main Puteri diiringi oleh peralatan muzik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat muzik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak.

No comments:
Post a Comment