Pages

Tuesday, February 22, 2011

Pandangan membolehkan ucapan 'SALAM'

Satu artikel ditulis dan disebarkan secara meluas di dalam laman sosial Facebook, bertajuk:
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM” & “A’KUM”? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. 43:89)

Baik gunakan…ASSALAMUALAIKUM or 
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fM). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah
perkataan seperti “Ko tolong kirim salam maut kat dia yer”.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As-Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna short form “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “As-Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

PANDANGAN/JAWAPAN KEPADA ARTIKEL DI ATAS

Pertama, perlu dijelaskan bahawa short form assalamu'alaikum ialah A'kum, selagi kita maksudkannya dgn lafaz Salaam atau Assalamu'alaikum, maka bagi pendapat ana, tidak menjadi kesalahan kerana tiada dalil atau bukti khas mengatakan pengharaman penggunaan perkataan tersebut. Tambahan pula, yg menghantar SMS atau yang menulis dan yg menerima atau yg membaca amat memahami short form tersebut bahawa lafaz asalnya ialah ASSALAMU’ALAIKUM...

Dalil dan sandaran ana, sebagaimana short form bagi Sollahu 'Alaihi Wassalam iaitu SAW dan Subhanahu Wa Taa'ala iaitu SWT dan byk lagi short forrm yg diguna pakai dan difahami oleh semua...

Namun, jika yg membaca dan yg menulis, tidak memahami maksud short form tersebut maka lainlah pula hukumnya..

Kedua, ana cukup setuju dgn saranan, menggunakan As-Salam lebih baik, namun perkataan “Salaam” juga tidak menjadi kesalahan untuk digunakan, bahkan kedua-duanya betul (rujuk dalil-dalil daripada ayat Al-Quran yang ana sediakan di bawah berkenaan penggunaan SALAM)..

tetapi ana sekali-kali tidak setuju dgn pandangn yg mengatakan tidak boleh mengatakan "Sampaikan/Kirim salam kepada si fulan" dan MESTI menggunakan “Kirim salam dengan lafaz “Assalamu’alaikum” sahaja yg sebetul/sepatutnya, sedangkan dalam bahasa Arab ada disebut..
بلغ تحيتي إليه
سلّم على فلان
Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan tiada lafaz Assalamu'alaikum, sedangkan penggunaan kedua-dua ayat ini adalah secara meluas oleh org arab dlm percakapan seharian mereka, dan tambahan pula makna ayat adalah sama dengan bahasa melayu kita iaitu “Sampaikan salam kepada si fulan”..
Sebagaimana dibolehkan menggantikan lafaz “Assalamu'alaikum” dengan “Salaam” kerana mempunyai makna yg lebih kurang sama..begitu juga dalam ucapan ini..difahami bahawa “sampaikan SALAM” adalah sama erti dgn “sampaikan ASSALAMU"ALAIKUM”..

BERIKUT ADALAH PENDAPAT/JAWAPAN YG MENARIK BERKENAAN HAL INI

1. Untuk setiap huruf jawi dan rumi, ada atau tidak perkataan buruk? Jika ada, maka tidak mustahil "A.L.L.A.H" dan "alif lam lam ha" dimaksudkan dengan buruk untuk setiap huruf. Jadi, ki...ta tidak boleh guna "Allah" dalam Jawi dan Rumi lah ye? Macam tu?

2. Betul atau tidak, singkatan "A'kum" bermula sedikit lewat dari wujudnya internet dan sistem pesanan ringkas? Jika betul, adakah dan siapakah manusia bukan Melayu atau Yahudi pertama yang guna "A'kum"? Jika bukan Yahudi atau agen - agennya, siapa? Jika Melayu kita juga yang mula (sebab aku tak yakin American Muslim yang mula "A'kum"2 ni), adakah dia pandai bahasa Yahudi? Yahudi atau bukan Yahudi, SIAPA yang mula cipta singkatan A'kum? Sebut nama, kita selidik sama - sama siapa dia. Kalau tak sabit tuduhan email layang ni, fitnah melulu walaupun niat baik nak menegah adalah haram. Dosa tetap dosa. Siapa tukang forward sama je dosa dengan orang yang cipta penipuan ni.

3. Apa agaknya reaksi orang bukan Islam, terutamanya Yahudi yang kita benci-benci sangat ni, kalau mereka baca benda ni? Tak malu ke kalau korang sebenarnya paranoid dan takut dengan bayang - bayang sendiri?

INI ADALAH BUKTI KESALAHAN DALAM TERJEMAHAN "AKUM"
sila rujuk gambar tersebut..
Avde Kokhavim U Mazzalo atau KOKHAVIM atau AKUM adalah sebenarnya BUKAN SAMA SEKALI membawa maksud BINATANG tapi BINTANG...

Avde Kokhavim U Mazzalo membawa maksud HAMBA2 PENYEMBAH BINTANG & ORANG2 YANG SESAT.. Itulah maksud sebenarnya...

INI ADALAH JAWAPAN UST ZAHARUDDIN TTG HAL INI

Salam,
Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini. objektif shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.

Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di sms, mahupun email danlain-lain tempat yang sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.

Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yangpertama kali saya ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini juga terdapat perdebatan. amat membuang masa..


Wallahu'alam..

(SAMBUNGAN DARI ANA) Jika kita berterusan berpandangan cara ini dan menutup pemikiran, pasti satu hari nanti akan ada satu kes baru, bahawa memberi salam mestilah ditulis dalam tulisan Arab sahaja, kerana ejaan Assalamualaikum tidak tepat dari segi bacaan dan panjang pendeknya..
Na'uzubillah dari perbahasan yg hanya akan lebih menyusahkan org awam..

Berikut adalah sebahagian ayat-ayat Al-Quran, yg menggunakan “Salaam” dan membawa maksud yang baik, sama dengan lafaz “Assalamu’alaikum”..

Al-An’am, 54

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka ka...takanlah: "Salaamun alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).


Al-A’raf, 46

وَنَادَوْاْ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Yunus, 10

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ

Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" (sejahtera dari segala bencana)

Hud, 69

وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Hasil daripada pencarian ana, ayat-ayat Al-Quran menggunakan "Salaam" untuk membawa maksud "kesejahteran, dan keselamatan"..

Justeru, bagi ana menggunakan "Salaam" adalah sama sekali tidak salah!~

Yg salah, jika menggunakan kalimah "As-saam" ...sebagaimana datangnya dalam satu hadis yg mana orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja.
“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tambahan Info:

Merujuk kepada Lisanul 'Arab (Salam):

والسُّنَّة لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان إِذا دخل القبور قال 
سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مؤمنين

Dan sunnah tidak ada ikhtilaf dalam tahiyyah kpd org2 mati atau org2 hidup, dan berdalilkan hadis sahih: Sesghnya apabila dia (Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka baginda menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukninin (penghuninya)"

ويقال السَّلامُ عليكم سَلامٌ عليكم سَلامٌ بحذف عليكم ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ مُنَكَّراً

Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam tanpa "alaikum, kebiasaannya (kebanyakannyan) tidak disebut dalam Al-Quran kecuali dalam bentuk nakirah..

Namun, jika disebut As-Salaam yg dimaksudkan dengannya satu Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..
(Rujukan Lisanul 'Arab)

Wallahu'alam..

sumber: http://www.kiemiftah.com/2011/01/pandanganjawapan-kepada-artikel-salam.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here