Pages

Sunday, February 20, 2011

RESIPI NASI DAGANG


Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )

Untuk nasi:
1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
1 - 2 sudu besar halba
Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
1 sudu besar gula
segenggam garam
Untuk lauk:
4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
Untuk Kuah:
1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
segenggam lengkuas setelah dihiris
1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
1 labu bawang putih (yang besar)
2 inci halia
3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
kerisik dari 1/2 biji kelapa
4 keret besar nisan
santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
2 inci kulit kayu manis
Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
Telur rebus: 12 - 13 biji
Cara-cara

Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST KEBAL BERDURI

get this widget here